Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PESTA KANAK-KANAK ‘MARCH ON

Aktivis teater S'pura teruja kejujuran penonton cilik

Rizman Putra serba boleh mainkan watak kucing, gagak, tiang dan jiran 'kaypoh' dalam teater kanak-kanak 'Come Back Home'
Mar 07, 2023 | 05:30 AM



KANAK-KANAK adalah penonton paling jujur yang disenangi ramai penggiat seni berbilang disiplin seperti Rizman Putra.



Lantaran itu, Rizman, 44 tahun, yang mempunyai kelulusan sarjana dalam bidang seni halus daripada Maktab Seni Lasalle dan merupakan seorang pendidik seni tidak akan berfikir dua kali untuk melibatkan diri dalam kerja seni melibatkan si cilik.



Ini dikongsinya di ambang pementasan teater Come Back Home yang dipersembahkan sempena Pesta Kanak-Kanak tahunan Esplanade, March On antara 10 dengan 19 Mac ini di Teater Singtel Waterfront.



Pementasan sejam ini merupakan hasil komisen Esplanade dan melibatkan kumpulan teater Australia, Polyglot Theater, dan beberapa aktivis seni Singapura.



Come Back Home membuka selingkar kisah silam dan masa kini dengan usaha mencari seorang kanak-kanak yang hilang suatu ketika dahulu.



Ia merupakan sajian seni yang memerlukan penghayatan mendalam dan cuba menukik pengalaman si cilik tentang keseronokan menjadi seorang kanak-kanak.



Orang dewasa yang menonton pementasan ini juga akan dibawa mengenang semula pengalaman pahit manis zaman kanak-kanak mereka untuk meraikan kemungkinan yang boleh berlaku, tempat yang pernah dikunjungi dan imaginasi dalam minda si cilik.



Ketika dihubungi Berita Harian, Rizman menjelaskan peluang membuat persembahan pada pesta kanak-kanak sentiasa menjadi salah satu perkara yang digemarinya.



"Saya percaya kanak-kanak adalah penonton yang sangat jujur dan saya yakini cara di mana kita galakkan mereka dan mencetus inspirasi buat mereka sepanjang persembahan ini penting dalam pertumbuhan dan perkembangan diri mereka," jelasnya.



Beliau akan membawa pelbagai peranan dalam pementasan ini, daripada gagak, kucing, tiang dan jiran yang suka menjaga tepi kain orang dan dikenali sebagai Uncle Bob.



"Anda boleh lihat Uncle Bob menunggang basikal yang dihias indah dan membuat senaman hariannya berupa tarian rutin," tambah Rizman.



Ditanya mengenai isu yang diketengahkan dalam Come Back Home, beliau berkata sajian teater ini pastinya membuatkan penonton mengenangkan peristiwa dan tempat lama yang 'melekat' di fikiran sebagai kenangan zaman kanak-kanak.



"Kita cuba cungkil pengalaman kanak-kanak tentang pelbagai kemungkinan serta tempat dan kenangan orang dewasa tentang memori bergelar kanak-kanak yang sukar dilupakan.



"Saya teruja mengambil bahagian dalam bermacam unsur interaktif yang akan disisipkan dalam persembahan kali ini.



"Kegiatan dan permainan yang budak-budak ini dapat jayakan kelak adalah sesuatu yang saya anggap klasik dan takkan hilang daya tarikannya walau penonton ini datang dari mana-mana generasi jua. Ia kekal relevan.



"Mungkin yang masih muda berpeluang mencuba permainan ini buat julung-julung kalinya," tambah Rizman.



Come Back Home dibangunkan daripada proses kerjasama menjana karya dari kejauhan.



Bermula dari 2021, seniman Esplanade - Teater Di Persisiran dan Polyglot Theatre bekerjasama untuk menghasilkan pengalaman baru yang melibatkan kanak-kanak.



Dalam eksperimen kreatif ini, seniman yang terlibat menjalin perpaduan dan kerjasama menerusi rangkaian digital dan bermain sama.



Mereka berkongsi kemahiran, menggalak perkembangan idea dan menjadi sebahagian daripada pasukan kreatif yang dapat menjalinkan kanak-kanak dalam satu proses seni yang menakjubkan.



Come Back Home diarah Sue Giles.



Tiket $20 (mengamati sahaja) dan $30 (terlibat sama dalam interaksi) boleh diperolehi di laman Esplanade dan Sistic.




"Saya percaya kanak-kanak adalah penonton yang sangat jujur dan saya yakini cara di mana kita galakkan mereka dan mencetus inspirasi buat mereka sepanjang persembahan ini penting dalam pertumbuhan dan perkembangan diri mereka."



- Rizman Putra.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >