Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aliff Aziz ingin luang masa muhasabah diri, tidak bimbang perceraian bawa impak pada kerjaya

Jun 13, 2024 | 6:06 PM
Aliff Aziz (tengah), yang buat masa ini berehat seketika daripada dunia seni, yakin rezeki ditentukan Tuhan. Beliau ingin ambil peluang susuli perceraian untuk muhasabah diri. Menemaninya di belakang (kiri) adalah bapanya, Encik Aziz Sapdan.
Aliff Aziz (tengah), yang buat masa ini berehat seketika daripada dunia seni, yakin rezeki ditentukan Tuhan. Beliau ingin ambil peluang susuli perceraian untuk muhasabah diri. Menemaninya di belakang (kiri) adalah bapanya, Encik Aziz Sapdan. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

Pelakon dan penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz, berkata, beliau sedang berehat seketika daripada kegiatan seni dan tidak bimbang perceraian dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, memberi kesan kepada kerjayanya.

“Berkenaan rezeki, untuk saya ada satu keyakinan bahawa rezeki di tangan Allah. Saya lebih kepada muhasabah diri. Semoga yang baik akan berlaku pada semua pihak,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia (BHM).

Aliff, 33 tahun, memutuskan memberi hak penjagaan dua anaknya kepada Bella, 30 tahun, kerana menurutnya, itu adalah ibu kandung.

Enggan mengulas lebih terperinci mengenai soal itu, Aliff memberitahu, itulah keputusan yang dibincang dan diputuskan pada prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pada 13 Jun.

“Sebab dia (Bella) ibu kandung. Saya enggan mengulas perkara itu secara terperinci tetapi apa yang dibincangkan dalam mahkamah ini, itulah keputusannya,” katanya lagi.

Aliff juga enggan menjawab pertanyaan bila kali terakhir beliau berjumpa anak-anak.

“Berkenaan anak-anak, saya tak nak komen apa-apa. Bagi saya, ada perkara boleh dikongsikan dan ada yang tidak perlu buat masa ini.

“Saya bersyukur prosiding hari ini semua lancar. Saya berterima kasih kepada ayah kerana menemani saya pada hari ini,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan dengan Bella, Aliff berkata, sekarang bukan masa sesuai untuk mengulas mengenainya.

“Saya mohon semua pihak beri ruang dan masa,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg