Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Gegar Vaganza Roadshow’ rai sedekad program realiti popular

Aug 11, 2023 | 11:06 AM



Susulan mendapat permintaan menggalakkan dalam kalangan peminat dari Nusantara, rancangan realiti Gegar Vaganza (GV) bakal diteruskan bagi musim ke-10.


Sempena sedekad GV dan tanda penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia, pihak Astro menghadiahkan buah tangan khas iaitu GV Roadshow 2023.


Bakal menjelajah ke empat lokasi di empat negeri iaitu Kuantan, Pahang; Johor Bahru; Kuala Lumpur serta sebuah negeri di sebelah utara yang akan diumum kelak, jerayawara itu dihadiahkan khas buat peminat GV yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang sembilan tahun bersiaran, lapor laman Utusan Online.


Ketua Saluran Astro Ria, Prima dan Warna, Cik Norzeha Mohd. Salleh, berkata GV Roadshow 2023 akan ke lokasi-lokasi tersebut bermula hujung minggu ini untuk membolehkan peminat menyaksikan penyanyi kegemaran mereka beraksi secara langsung.


GV Roadshow 2023 ini bagaikan merealisasikan impian kami dalam merapatkan silaturahim antara peminat dan penyanyi-penyanyi tersohor di negara ini. Kami berharap pengalaman bersua muka dengan bekas peserta GV tidak akan dilupakan nanti.


“Menariknya setiap jerayawara akan disertai oleh alumni GV yang akan membuat persembahan dalam konsert mini di setiap lokasi,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Astro di Bukit Jalil pada Rabu.

GV Roadshow 2023 akan berlangsung di Tasek Kotasas, Kuantan, Pahang, pada 12 Ogos; Puteri Harbour, Johor Bahru (26 Ogos 2023); Kuala Lumpur dan juga di salah sebuah negeri di utara yang akan diumumkan nanti.


Bintang-bintang GV seperti Wann, Elyana, Dina Nadzir, Aweera, Tom, Fuad Rahman, Sham Visa dan ramai lagi bakal menyerikan pentas GV Roadshow 2023 kelak.


Selain itu, Jamming with the Stars, jerayawara istimewa bintang GV dari musim pertama hingga sembilan akan menemui peminat setiap Khamis bermula 17 Ogos hingga 17 September, pada 9 hingga 10 malam di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.


GV ternyata merupakan platform paling ampuh serta rancangan yang memberi nafas baharu serta peluang kerjaya buat penyanyi seperti Aliff Aziz (GV8), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Hady Mirza serta Naqiu (GV6), Siti Nordiana (GV3) dan ramai lagi.

Rancangan realiti ini membuktikan kepentingannya menjadi pemangkin semula kerjaya penggiat-penggiat seni tanah air dan serantau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >