Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn bangkit ‘Nombor 1’ walau radang peti suara; Hady Mirza-Shiha Zikir dipuji hidupkan lagu romantis; Noryn Aziz tersingkir

Nov 20, 2023 | 01:37 AM



Walaupun dilanda radang peti suara dan perlu menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi kerana hilang suara emasnya awal minggu ini, bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jaclyn Victor, 44 tahun, tidak mudah patah semangat.

Berbekal suntikan tenaga positif daripada rakan duetnya, juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, 30 tahun, Jaclyn berjaya dinobatkan sebagai juara Konsert Minggu Kesembilan ASGV.

Kemerduan dan kesyahduan lagu Adele, All I Ask, yang mereka bawa di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad malam dapat dirasakan penonton dan juri yang memuji paduan suara luar biasa itu.


Juri tetap, Hetty Koes Endang, menganggap persembahan Jaclyn sebagai cemerlang sambil bertanya kepada Nadeera: “Kamu makan apa nak setiap hari? Suaranya bagus sekali!”

Jaclyn mendapat markah tertinggi iaitu 82.88 peratus disusuli dengan Tomok di tangga kedua dengan 77 peratus.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 39 tahun, juga mendapat rakan duet ‘power’ iaitu Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah,35 tahun, untuk menghidupkan lagu Slam, Tak Mungkin Berpaling.


Mereka diusik sebagai Upin dan Ipin sebelum ini kerana kededuanya botak sebelum Black kini menukar imej dan tampil berambut panjang.

Di sebalik kejayaan dua bintang ASGV ini, ramai juga warganet yang memuji persembahan romantis dengan pakaian sedondon Hady Mirza dan Shiha Zikir.

Mereka mempertaruhkan lagu duet Datuk Seri Rossa dan Afgan, Kamu Yang Kutunggu, yang dikatakan cocok buat kededuanya. Mentelah pula, Shiha, 36 tahun, selalu diusik sebagai ‘Rossa Malaysia’ kerana wajahnya mirip penyanyi mapan Indonesia itu.

“Di Indonesia ada Rossa. Di Malaysia ada ‘Rosak’,” seloroh Shiha.

Persembahan mantap Hady, 43 tahun, mendapat tempat ketiga atau 73.25 peratus dan dipuji menjadi oleh Datuk Syafinaz Selamat yang mengulas persembahan juara Singapore Idol dan Asian Idol itu.

Nikki Palikat, 38 tahun, yang berada di tangga terbawah pada konsert minggu kelapan dan nyaris-nyaris tersingkir berjaya mempertingkat persembahannya kali ini. Menerusi lagu Drama King, nyanyian asal Meet Uncle Hussain, Nikki membina keserasian dengan rakan duetnya, Ara Johari, 26 tahun, atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari.


Nikki berada di tangga keempat dengan markah 73.13 peratus.

Di tangga kelima adalah peserta yang disebut-sebut mampu diberi gelaran juara, Liza Hanim, 44 tahun, dengan markah 72.75 peratus. Liza berduet dengan rakan satu label rakaman dengannya dahulu, Noraniza Idris, 55 tahun. Mereka bawa serombongan penari di pentas MBSA bagi mengembalikan nostalgia lagu Hati Kama yang pernah dipopularkan Noraniza bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza.


Aliff Aziz, 32 tahun, yang dianggap berjaya keluar dari zon selesa pada minggu kelapan melalui lagu Datuk M. Daud Kilau, Cek Mek Molek, berada di tangga kesembilan dengan markah 62.75 peratus.


Pada akhirnya, Noryn Aziz, 46 tahun, tersingkir dengan markah paling rendah 55.25 peratus. Kedengaran nada tingginya tidak sampai dan agak bercelaru penyampaian lagu asal Rossa, Tegar.


“Saya sedari ada beberapa kesilapan yang saya buat secara teknikal. Saya tidak salahkan rakan duet saya, Dia Fadila, sama sekali.

“Saya cukup kenal dengan Dia dan beliau telah berikan yang terbaik. Walau bagaimanapun, saya berundur kerana rezeki sudah ditentukan hanya sampai di sini sahaja. Saya berterima kasih dengan pasukan dan pengurus saya serta peminat saya yang telah banyak memberi dorongan.

“Insya-Allah, saya akan teruskan kerjaya seni saya selepas ini. Kita terus dengan fasa baru,” kata Noryn.

Konsert Minggu Ke-10 Ahad ini menguji peserta dengan tema muzik dunia. Satu lagu dipilih mereka sendiri dan atas usulan warganet, satu lagu merupakan pemilihan Ketua Juri, Datuk Ramli MS.

Pada minggu kelapan, Ramli memilih lagu yang dirasakannya mencabar buat peserta. Mereka tampil dengan idea kreatif dan ini menggembirakan warganet dan Ramli sendiri.

ASGV disiarkan setiap Ahad, mulai 9 malam di saluran Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >