Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘All Stars Gegar Vaganza’: Peserta kelahiran S’pura, Hady Mirza dan Aliff Aziz, muncul ‘Top 10’ pada minggu pertama

Vokalis ‘power’, Naqiu, Liza Hanim dan Jaclyn Victor, isi tiga kedudukan teratas
Sep 25, 2023 | 01:18 AM



Gelanggang pertandingan All Stars Gegar Vaganza (GV) baru sahaja dibuka pada Ahad malam di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan semaraknya terasa dek hiburan, humor dan gelagat pengacara, peserta dan juri.

Pada akhir peraduan, kesemua 16 peserta mara ke pusingan kedua Ahad depan - 10 juara GV bagi sembilan musim dan enam peserta ‘hot seat’ yang diundi sekitar sejuta peminat GV di Malaysia dan Singapura.

Peserta kelahiran Singapura, Hady Mirza, berada di tempat kelima dengan markah 70 peratus manakala Aliff Aziz berada di tangga kelapan dengan 64 peratus.

Kededuanya berada di bawah empat peserta terbaik pada konsert minggu pertama iaitu Naqiu di tangga pertama dengan 80.75 peratus, Liza Hanim di tangga kedua dengan 79 peratus, Jaclyn Victor di tempat ketiga dengan 71.75 peratus dan Nikki Palikat di tangga keempat dengan 71.25 peratus.

Noryn Aziz berada di tangga keenam dengan 68.75 peratus disusuli dengan Ezad Lazim di tangga ketujuh dengan 65.5 peratus, Tomok di tangga kesembilan dengan 63.25 peratus dan Zamani dengan 61.25 peratus di tangga ke-10.

Tempat ke-11 milik Azharina dengan 59.75 peratus, Suki Low di tangga ke-12 dengan 58.5 peratus, Ayai Ilusi di tangga ke-13 dengan 55.5 peratus, Siti Nordiana di tempat ke-14 dengan 54 peratus manakala Datuk Aishah di tangga ke-15 dengan 51.25 peratus. Cliff Umar pula berada di tempat ke-16 dengan 50.5 peratus.

Pada Ahad, segalanya terjawab dari segi siapa peserta ‘Hot Seat’. Pilihan peminat adalah Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim. Kesemuanya merupakan finalis GV dari musim berbeza.

Pengikut Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom dan Jihan Muse pastinya tidak kecewa kerana kededuanya mengemudi All Stars GV bersama pengacara tetap dari musim pertama, Nabil Ahmad.


Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat kekal selaku juri tetap.

Nantikan persembahan konsert minggu kedua yang kemungkinannya ada penyingkiran.

Lagu-lagu merupakan pilihan peserta sendiri berbanding konsert minggu pertama di mana mereka diberi Ramli lagu yang dirasakan sesuai untuk mereka lontarkan sebagai pembuka tirai.

Noryn memilih untuk mendendangkan lagu Anita Sarawak, Akhirnya Kini Pasti manakala Aliff menyanyikan lagu Hazama, Sampai Mati. Potret bakal dinyanyikan Ezad sementara Sepi Sekuntum Mawar Merah menjadi pilihan Jaclyn.


Naqiu akan mendendangkan lagu Setahun Sudah Berlalu. Bunga Pujaan menjadi taruhan Ayai. Sepi pula akan didendangkan Siti Nordiana sementara Sambutlah Kasih pula pilihan Zamani.


Lagu Indonesia, Tak Ingin Usai, akan dibawakan Suki sementara Laskar Cinta menjadi taruhan Cliff. Lagu Runut Bunyi (OST) filem dansa 1980-an, Flashdance, What A Feeling, dendangan asal Irene Cara, adalah lagu yang akan dilontarkan Aishah.


Ayah menjadi pilihan Azharina. Hady akan mendendagkan lagu Michael Bolton, How Am I Supposed To Live Without You. Setelah Aku Kau Miliki menjadi pilihan Liza manakala Nikki pula memilih untuk mendendangkan lagu Bersama Akhirnya. Malam pula didendangkan Tomok.


Ikuti All Stars Gegar Vaganza setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >