Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amira Othman minta maaf jika ada yang ‘meluat’ lihat gandingan bersama Fattah

Apr 29, 2025 | 9:18 PM
Amira Othman, Fattah Amin
Menurut Amira Othman, sebagai individu dikenali, beliau akan cuba menjaga nama baik dirinya dan keluarga agak tidak kelihatan berlebihan untuk kerja yang dihasilkan bersama Fattah Amin. - Foto INSTAGAM FATTAH AMIN

Pelakon dan penyanyi, Amira Othman, tidak menolak kemungkinan ada pihak yang kurang senang melihat kemunculannya bersama pelakon popular, Fattah Amin, sehingga mendapat liputan meluas.

Bagaimanapun, Amira menghormati setiap pandangan yang diberikan orang ramai, namun sedar beliau tidak mampu memuaskan hati semua pihak, termasuk dakwaan ‘meluat’ melihat gandingan mereka, lapor Berita Harian Malaysia.

“Setiap orang ada pendapat mereka yang tersendiri. Jadi, apabila saya kerap bersama dengan Fattah untuk beberapa penampilan, mungkin ada yang kurang selesa. Ada juga yang gembira untuk mendengar dan melihat.

“Saya tak mampu nak memuaskan hati semua pihak. Cuma kalau ada komen yang memberikan kebaikan, saya menerimanya dengan hati terbuka.

“Tapi kalau komen itu hanya untuk membuatkan saya terkesan, saya tidak akan ambil peduli kerana saya percaya peminat ini, sebaik mereka memilih untuk menjadi peminat, mereka akan terus menyokong saat susah dan senang,” katanya.

Menurut Amira, sebagai individu dikenali, beliau akan cuba menjaga nama baik dirinya dan keluarga agak tidak kelihatan berlebihan untuk kerja yang dihasilkan bersama.

“Saya sangat menghargai peminat yang sentiasa ada saat susah dan senang. Kalau ada yang kurang selesa, saya mohon maaf, tapi saya akan sedaya upaya menjaga reputasi nama saya dengan baik kerana saya tidak membawa nama saya seorang.

“Saya sedar ada yang kurang senang, tapi saya akan cuba menjaga batas diri dan kalau ada salah silap, saya memohon maaf,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg