PETALING JAYA (Selangor): Pelakon Fattah Amin memberitahu kehadiran perunding perkahwinan terkenal pada majlis sambutan rumah terbukanya di sini, malam Ahad, tidak membawa sebarang khabar gembira yang ingin dikongsikan kepada umum.
Fattah bagaimanapun menjelaskan, kehadiran pemilik itu hanya sekadar memenuhi jemputannya sebagai kenalan lama.
“Mereka kenalan lama saya. Jadi sempena sambutan rumah terbuka ini saya menjemput klien yang pernah atau sedang saya bekerjasama untuk hadir.
“Saya juga ada mengajak kenalan lain dan peminat untuk memeriahkan acara ini.
“Kalau ada apa-apa nanti saya beritahu kalian (media),” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya adakah ada sebarang majlis yang bakal berlangsung, Fattah hanya meminta untuk mendoakan yang terbaik.
“Doakanlah yang terbaik, insya-Allah,” katanya ringkas.
Dalam pada masa yang sama, Fattah mengaku hubungan keluarganya dengan penyanyi Amira Othman semakin akrab selepas beberapa perjumpaan.
“Selepas beberapa majlis, keluarga kami sudah saling mengenali.
“Saya pun dah kenal keluarga Amira, begitu juga dengan beliau.
“Rasanya tak salah sebab dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga,” katanya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg