Ammar Alfian minta penerbit beri watak ustaz, bingit dituduh belasah temanita
Ammar Alfian minta penerbit beri watak ustaz, bingit dituduh belasah temanita
Pelakon sasa, Ammar Alfian Aziz, menafikan dirinya adalah bakat yang didakwa membelasah teman wanita seperti dilaporkan media pada 8 Julai.
Ammar, 37 tahun, membuat penafian itu ketika membalas komen pengguna media sosial yang memetik namanya sebagai individu yang terbabit dalam kejadian itu.
“Nateh (dialek Kelantan yang bermaksud ‘binatang’) bukan aku gila,” tulis pelakon filem, Paskal, itu dengan menyertakan emoji gelak.
Melalui ruangan komen berbeza, Ammar meminta pihak penerbit menawarkan watak lelaki alim berikutan ‘label’ pelakon ganas yang diberi kepadanya.
“Tahulah muka aku jahat, berlakon pun jahat. Selepas ini, penerbit tolong bagi watak ustaz kepada aku.
“Aku mahu babak dalam masjid, aku tengah solat, baca doa nangis-nangis,” katanya lagi dalam laporan Harian Metro.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang wanita dibelasah teman lelaki yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya, pada 7 Julai.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya Shahrulnizam Ja’afar@Ismail, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 6 petang pada 7 Julai.
Hai, kalau tak bersalah, tak perlulah marah-marah. Relaks sahajalah, Ammar.
Warganet pun bukan main ‘serang’ sahaja sembarangan.
Mentang-mentanglah Ammar pernah terbabit dalam kes menumbuk pemandu van Pos Malaysia sekitar tiga tahun lalu.
Dalam kejadian itu, beliau turut menggunakan kayu besbol untuk merosakkan van berkenaan.

