Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak saudara Siti Nurhaliza menang emas, dinobat vokalis terbaik di pentas dunia

Jul 8, 2024 | 6:30 PM
Ummi Umairah Saiful Anuar mengharumkan nama Malaysia dengan membawa pulang pingat emas dan gelaran Juara Vokalis Dunia Kategori Junior di pertandingan Kejuaraan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) ke-27 di Pusat Seni Persembahan Long Beach di California, Amerika Syarikat, pada 6 Julai.
Ummi Umairah Saiful Anuar mengharumkan nama Malaysia dengan membawa pulang pingat emas dan gelaran Juara Vokalis Dunia Kategori Junior di pertandingan Kejuaraan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) ke-27 di Pusat Seni Persembahan Long Beach di California, Amerika Syarikat, pada 6 Julai. - Foto INSTAGRAM UMMI UMAIRAH

Buat masa ini, ramai yang mengenali remaja 13 tahun, Ummi Umairah Saiful Anuar, sebagai anak saudara penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bagaimanapun, nama Ummi Umairah, pastinya akan ‘melekat’ di minda ramai bahkan lebih dikenali selepas beliau mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa setelah memenangi pingat emas pada pertandingan Kejuaraan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) ke-27 di Pusat Seni Persembahan Long Beach di California, Amerika Syarikat, pada 6 Julai lalu.

Dia juga dinobatkan sebagai Juara Vokalis Dunia Kategori Junior dengan menewaskan empat lagi peserta dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Afrika Selatan.

Gadis yang mesra dengan panggilan Umai mempertaruhkan lagu A Natural Woman, nyanyian asal biduanita legenda, Aretha Franklin.

Umai berkongsi berita kejayaannya di Instagram miliknya.

Berita ini turut dikongsi Siti Nurhaliza yang bangga dengan pencapaian anak saudaranya itu, lapor laman Berita Harian Malaysia (BHM).

“Kemenangan ini untuk anda semua. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat,” tulis Umai, anak sulung adik Siti, Siti Saerah, juga seorang penyanyi.

Siti Nurhaliza, di Instagram, pula berkongsi video kurang seminit persembahan Umai.

“Tahniah Umai! Berjaya bawa pulang emas dan mengharumkan nama Malaysia,” katanya ringkas.

Terdahulu, pada saringan pertama, Umai bersaing dalam lima kategori, iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World (Dunia) dan Variety (Kerencaman) sebelum berentap di peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B.

Beliau menyertai kategori remaja yang dibuka kepada peserta 13 hingga 15 tahun.

Umai, sebelum ini, pernah menjuarai peraduan realiti TV3, Famili Duo, yang disertai bersama ibunya, Siti Saerah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg