Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak Shila disah ada autisme tahap satu

Jun 26, 2024 | 11:33 AM
Shila Amzah
Setelah mendapat pengesahan doktor bahawa anaknya, Seth Uwais, menghidap autisme tahap satu, Shila Amzah, mengakui sudah dapat rasakannya ekoran kelainan sikap anaknya itu. - Foto INSTAGRAM SHILA AMZAH

Apa yang dirasakan dalam hati seorang ibu, ternyata benar.

Penyanyi Shila Amzah, baru-baru ini mendedahkan bahawa anak sulungnya, Seth Uwais, lima tahun, baru sahaja disahkan menghidap autisme tahap satu.

Pendedahan itu dibuat penyanyi lagu, Memori Tercipta, itu menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam Instagram dengan berita ini kemudian dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM).

Shila berkata beliau mengesyaki anaknya mempunyai masalah dan tekaannya tepat selepas melakukan pemeriksaan di hospital.

“Seth didiagnosis menghidap austime tahap satu. Selama ini, naluri saya memang rasakan sesuatu tidak kena pada Seth, antara austime atau sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD),” kata Shila.

Menurutnya, doktor memintanya meneruskan terapi dan menyarankan Seth dihantar ke sekolah yang boleh menerima penghidap autisme.

“Apabila doktor sudah sahkan barulah saya tahu apa yang boleh dan tak boleh dibuat apabila berurusan dengan Seth.

“Sebagai ibu bapa, apabila anak disahkan menghidap autisme kita tahulah nak buat apa.

“Jadi, saya mohon doakan Seth dapat membesar dan belajar dengan baik.

“Doakan kami supaya boleh jaga dan didik Seth dengan baik,” ujar Shila.

Seth adalah anak daripada perkahwinan Shila dengan Haris Edraki pada 2018, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 2022.

Shila kemudian mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Ubai Mz, pada 5 Ogos 2023.

Mereka dikurniakan anak perempuan, Rhea Akira, pada 9 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg