Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Animasi ‘Spider-Man’ terkini teroka jiwa muda wira remaja

Jun 06, 2023 | 02:29 PM



LEBIH daripada setakat memaparkan kecanggihan teknologi animasi komputer, filem Spider-Man: Across the Spider-Verse membawa anda ‘terbang’ ke alam berbilang atau ‘multiverse’ yang seronok tetapi mencemaskan.


Anak remaja yang rasa terasing atau tersinggung dengan sikap ibu bapa mereka yang terlalu mengongkong dan masih ingin menentukan arah tuju kehidupan si anak, bertukar menjadi adiwira yang ingin menyelamatkan dunia.

Buat julung-julung kalinya juga anda melihat begitu banyak wira lelabah (Spider-Man dan Spider-Woman) di depan mata.

Yang berkulit putih mahupun berkulit hitam, yang lelaki atau wanita, dari negara Barat, berketurunan Puerto Rico mahupun dari India, yang masih muda belia atau sudah berumah tangga. Filem ini memang dihujani pelbagai versi Spider-Man dan Spider-Woman yang masing-masing ada kisah tersendiri mengapa dan bagaimana mereka terjebak dalam dunia labah-labah ini.

Spider-Man: Across The Spider Verse yang diarah pengarah baru filem ceritera, Joaquim Dos Santos, Kemp Powers dan Justin K. Thompson ini adalah naskhah tulisan Phil Lord, Christopher Miller dan David Callaha.


Ia mencatatkan kutipan ‘box-office’ sebanyak AS$120.5 juta ($162.5 juta) di Amerika Syarikat pada hujung minggu pertama pembukaan filem itu dan berjaya mengumpulkan AS$208.6 juta di serata dunia.

Filem ini juga yang kedua membawa pada kutipan ‘box-office’ yang tinggi menyusuli filem animasi, The Super Mario Bros Movie. Ia adalah gambaran bahawa filem animasi yang membuatkan kanak-kanak terhibur kekal sebagai karya yang dapat menarik orang ramai ke pawagam.


Animasi ini dibuka dengan kisah Gwen Stacy di dunia Earth-65 yang bergelut dengan jangkaan tinggi bapanya yang merupakan seorang pegawai polis. Si bapa tidak tahu Gwen adalah Spider-Woman.

Beberapa tahun sebelum itu, Gwen secara tidak sengaja terbunuh temannya Peter Parker. Polis gigih mencari Gwen yang melarikan diri. Pada suatu malam, Gwen bergegas ke Muzium Guggenheim di Manhattan setelah mendengar ada penceroboh yang mengenakan seragam ‘Vulture’ cuba menyerang muzium bertema kota kebangkitan Italy itu.

Masyarakat wira lelabah, Miguel O’Hara dan Jessica Drew menjejak Gwen dengan jam tangan berportal mereka untuk membantu gadis itu mengatasi ‘Vulture’.

Di situlah, bapa Gwen yang datang bertugas sebagai polis mengetahui bahawa anaknya itulah wirawati Spider-Woman. Bapanya terkejut dan ingin memberkas Gwen.

Gwen berjaya melarikan diri ke dalam alam berbilang menerusi portal berkenaan selepas Miguel menerimanya sebagai anggota Spider-Society.

Di Brooklyn dalam dunia Earth-1610 pula, Miles Morales menyesuaikan dirinya sebagai Spider-Man. Dia merindui temanitanya Gwen.

Seperti Gwen, Miles juga tidak dapat memenuhi jangkaan ibu bapanya dalam bidang pendidikan. Dia bertemu saintis bernama Spot yang menjelaskan bahawa labah-labah yang menggigit Miles datang daripada alam berbeza.

Secara tidak sengaja, Miles kemudian mengembara ke dalam dunia berbeza untuk memperkasa dirinya dan melupakan segala sengketa dengan ibu bapanya.

Gwen pula mengambara untuk bertemu dengan Miles. Gwen membuka portal yang membantu Miles mengembara ke Mumbattan, India, di bumi Earth-50101. Di situ, mereka bertemu dengan Spider-Man India, Pavitr Prabhakar dan Hobie Brown.

Di dalam kembaranya, Miles kehilangan bapanya yang meninggal dunia. Ia membawa kesan besar buatnya.

Animasi ini meskipun panjang melebihi dua jam, banyak menyentuh tentang isu kemanusiaan yang kadangkala membelenggu jiwa dan membuatkan manusia ingin bebas daripada ‘sawang sarang labah-labah’ yang melemaskan.

Banyak kisah jiwa muda remaja yang memberontak dan ingin bebas daripada kongkongan ibu bapa yang dapat ditonton dalam filem ini.

Pada akhirnya, sebagaimana yang dilalui watak Miles yang menyedari teman-teman yang ramai tidak semestinya membantu, keluarga juga menjadi penawar yang lebih memahami.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >