Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apa hal Rosyam usul pusat lacur bagi kekang jenayah?

Jan 11, 2024 | 7:40 PM
MOHON MAAF: Selepas kenyataan kontroversialnya yang mengusulkan pembukaan pusat pelacuran bagi mengurangkan kes jenayah membabitkan warga asing, Datuk Rosyam Nor memohon maaf.
MOHON MAAF: Selepas kenyataan kontroversialnya yang mengusulkan pembukaan pusat pelacuran bagi mengurangkan kes jenayah membabitkan warga asing, Datuk Rosyam Nor memohon maaf. - Foto INSTAGRAM DATUK ROSYAM NOR

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Inilah yang boleh dirumuskan tentang pelakon dan penerbit veteran serta usahawan, Datuk Rosyam Nor, 56 tahun, apabila beliau terlepas cakap mengenai saranan menyokong kewujudan pusat pelacuran di Malaysia bagi mengurangkan kes jenayah seperti rogol dan gangguan seksual membabitkan warga asing.

Kecoh perkara itu diperbual di ruang siber dengan langkah itu disifatkan warganet dan menteri sebagai tindakan yang merendah-rendahkan martabat wanita.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata, wanita berhak menerima pengiktirafan dan layanan yang lebih baik daripada menjadi ‘alat’ dalam menyelesaikan masalah sosial.

“Kesedaran dan publisiti yang positif terhadap hak serta sistem sokongan kepada wanita perlu ditanam serta disebarkan kepada umum.

“Cadangan atau gurauan sensitif terhadap wanita tidak boleh dijadikan normalisasi biasa apatah lagi secara terangan bercanggah dengan undang-undang, prinsip, nilai kekeluargaan, budaya dan agama,” katanya dalam satu kenyataan, yang ditukil laman web, Kosmo! Online.

Pandangan Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin, disampaikan dalam sesi podcast Hitam Putih Kehidupan, yang tular dalam aplikasi TikTok sejak 6 Januari.

Rosyam, bagaimanapun, terkejut perbincangannya tular sehingga meraih perhatian ramai termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau kemudian memohon maaf.

Walau apa pun keadaannya, artis, baik baru atau lama harus bijak berfikir dahulu sebelum mengemukakan hujah yang kontroversial tak pasal-pasal.

Apatah lagi dalam era media sosial di mana semuanya dirakam. Dah tak boleh berselindung lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg