Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apakah perlu ibu bapa lakukan jika anak mangsa buli atau pembuli?

Aug 28, 2025 | 5:30 PM
apa perlu buat, mangsa buli, pembuli, bully singapore
Jika anak anda menjadi sasaran buli siber, usah mengambil telefon bimbitnya dengan berfikir bahawa ia akan melindungi anak itu. - Foto ST

Bagi ibu bapa yang anaknya menjadi mangsa buli, periksa pergaulan anak dengan rakan mereka.

Jika si anak menghadapi cabaran dalam pergaulan, berbincang dengan mereka untuk mencari jalan penyelesaian bersama, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Anda boleh membantu anak dengan memupuk kemahiran sosial yang positif seperti cara menjalin dan mengekalkan persahabatan baik.

Ibu bapa boleh membantu anak mereka mengkaji dan mengamalkan strategi untuk menangani pembuli kerana mengabaikan pembuli bukan jalan terbaik.

Jika anak menjadi sasaran buli siber, usah mengambil telefon bimbit daripadanya dengan berfikir bahawa ia akan melindungi anak itu.

Sebaliknya, bantu anak memahami bahawa adalah lebih baik untuk tidak bertindak balas dengan pembuli dalam talian.

Ibu bapa harus mendokumentasikan buli siber yang terjadi dan menghubungi pihak sekolah untuk meminta bantuan jika ia berterusan.

Jika kes serius, contohnya, telah dikongsi secara meluas, buat laporan polis.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang pembuli, jangan ketepikan isu itu sebagai hanya satu usikan atau berasa adalah lumrah untuk kanak-kanak atau remaja bergaduh sesama sendiri.

Ibu bapa perlu bertindak segera dengan berbincang dengan si anak untuk mengetahui sebab dia membuli, tanpa sebarang tuduhan atau penghakiman.

Selalunya, kanak-kanak membuli apabila mereka berasa sunyi, marah atau tidak selamat.

Beritahu anak bahawa memanggil nama, mengusik, memukul, menolak, memulakan atau menyebarkan khabar angin, buli siber dan semua bentuk buli yang lain adalah salah.

Yakinkan anak bahawa dia disayangi tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.

Beritahu anak bahawa pihak sekolah atau ibu bapa lain telah melaporkan tingkah laku agresifnya, bahawa kelakuan itu perlu diubah.

Anda boleh menyokong apa jua bentuk hukuman daripada pihak sekolah dan tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku membuli.

Ibu bapa boleh membantu anak menanam rasa ihsan terhadap mangsa dengan bercakap tentang bagaimana rasanya berada di tempat mangsa.

Beritahu anak bahawa anda akan membantunya mengubah tingkah laku dan membetulkan keadaan.

Tanya anak bagaimana pembulian itu boleh dihentikan.

Jika anak terlibat dalam kes buli yang serius, dapatkan bantuan profesional.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg