Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Apple rombak model, harga Mac; tawar cip baru

Nov 01, 2023 | 05:50 PM



SAN FRANCISCO: Apple baru-baru ini memperkenalkan beberapa model komputer riba MacBook Pro dan komputer meja iMac baru serta tiga cip baru yang lebih berkuasa, sedang ia membentuk semula unit pemprosesan demi memberi saingan kepada nVidia yang kini menguasai pasaran.


Komputer baru itu serta cip M3, M3 Pro dan M3 Max, yang dilancarkan di sebuah acara dalam talian, kelihatan memberi tumpuan kepada pengguna profesional.

Komputer riba MacBook Pro 14-inci bermula pada harga AS$1,599 ($2,190) dan harga mula bagi versi lebih besar 16-inci ialah AS$2,499. Komputer meja iMac baru, yang dilengkapi cip M3, bermula pada AS$1,299.

Di Singapura, komputer riba Apple itu berharga $2,299.

Apple telah menyaksikan pemulihan dalam perniagaan komputer Mac, secara kasar menggandakan penguasaan pasarannya kepada hampir 11 peratus sejak 2020, apabila ia berpisah dengan firma pengilang cip, Intel, dan mula menggunakan cip rekaan sendiri sebagai jentera utama komputer itu, menurut data awal daripada firma IDC.

Dalam usaha memberi tumpuan kepada pengguna perniagaan, Apple menunjukkan ciri perkongsian skrin terkawal baru, yang membolehkan pekerja menggunakan komputer mereka dari lokasi terpencil.

Cip rekaan Apple, yang menggunakan teknologi reka bentuk Arm Holdings, berupaya memberikan Mac hayat bateri lebih baik dan, dalam beberapa kes, prestasi lebih baik berbanding komputer yang menggunakan sistem Windows oleh Microsoft.

Apple menyasarkan mesin baru ini kepada golongan pereka, pemuzik dan pembangun perisian.

Apple juga mengubah susunan barisan model komputernya dengan cara yang boleh mengubah tingkah laku pembeli korporat.

Ia mengurangkan harga di Amerika Syarikat bagi MacBook Pro 14-inci baru daripada AS$1,999 kepada AS$1,599.

Pada masa yang sama, Apple kelihatan tidak lagi menawarkan komputer model 13-inci berharga AS$1,299 yang lebih murah bagi model MacBook Pro, yang merupakan pilihan besar perniagaan, kata Encik Ben Bajarin, ketua eksekutif dan penganalisis utama di firma Creative Strategies.

Bagi Apple, Mac menyumbang pendapatan AS$40.18 bilion untuk tahun fiskal 2022, atau kira-kira 11 peratus daripada hasilnya.

Walaupun angka itu meningkat 14 peratus daripada tahun fiskal sebelumnya, jualan tahun ini kelihatan lebih perlahan serupa dengan industri PC yang lain, yang telah mengalami kemerosotan pascapandemik.

Apple berkata cip barunya itu merupakan yang pertama bagi komputer riba dan komputer meja yang menggunakan teknologi pembuatan 3 nanometer, yang akan memberikan cip itu prestasi lebih baik bagi setiap watt elektrik yang digunakan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >