Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arab Saudi buka pulau mewah Sindalah, destinasi pertama bandar futuristik Neom

Nov 13, 2024 | 10:34 AM
Sindalah menampilkan restoran, hotel dan tempat berlabuh kapal layar.
Sindalah menampilkan restoran, hotel dan tempat berlabuh kapal layar. - Foto NEOM

RIYADH: Bandar besar futuristik dirancang Arab Saudi yang dikenali sebagai Neom, baru-baru ini mengumumkan pembukaan pameran fizikal pertamanya: pulau Laut Merah mewah yang menampilkan restoran, hotel dan tempat berlabuh kapal layar.

Pembukaan pulau itu, dikenali sebagai Sindalah, diadakan di tengah-tengah keraguan berterusan tentang daya maju Neom.

“Neom komited kepada menyokong era baru pelancongan mewah kerajaan ini, dengan pembukaan Sindalah,” kata ketua eksekutif Neom Nadhmi al-Nasr dalam satu kenyataan.

“Destinasi sulung Neom menawarkan pengunjung ‘imbasan pertama’ tentang masa depan bagi portfolio destinasi dan pembangunan kami yang luas.”

Sindalah seluas lebih 840,000 meter persegi dan dijangka menerima sehingga 2,400 tetamu sehari menjelang 2028, menurut kenyataan tersebut.

Neom terkenal dengan struktur berbentuk linear atau lurus, The Line, dilengkapi permukaan bercermin kaca, menjulang pada ketinggian 500 meter di atas paras laut – lebih tinggi daripada bangunan Empire State di New York.

Mendedahkan The Line pada 2022, Putera Mahkota Saudi, Putera Mohamed Salman, berkata jumlah penduduknya akan melebihi sejuta menjelang 2030 sebelum meningkat kepada sembilan juta menjelang 2045.

Namun, Bloomberg melaporkan sebelumnya pada 2024 bahawa berdasarkan unjuran yang disemak, hanya 300,000 orang akan tinggal di The Line menjelang penghujung dekad, dan hanya 2.4km daripada projek itu akan siap pada masa tersebut.

Kerja di Neom sedang diteruskan di samping projek pembangunan besar lain yang dilancarkan sebagai sebahagian Visi 2030, usaha Putera Mohammed untuk mempersiap pengeksport minyak mentah terbesar dunia itu untuk masa depan pasca minyak.

Pada 2023, kerajaan Teluk itu muncul sebagai satu-satunya pembida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia bola sepak 2034, bermakna ia kini mempunyai satu dekad untuk membina stadium yang diperlukan dan meningkatkan kapasiti penginapan dan pengangkutannya.

Pada Disember, Menteri Kewangan Arab Saudi Mohammed al-Jadaan berkata para pegawai telah memutuskan untuk meluaskan jangka masa bagi beberapa projek utama melepasi 2030, tanpa menyatakan secara khusus yang mana. – AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg