Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘The Archies’ perkenal anak cucu bintang Bollywood

Aug 17, 2023 | 03:38 PM



Filem The Archies arahan Zoya Akhtar adalah yang dinanti-nanti di Bollywood kerana beberapa faktor.


Bukan sahaja filem komedi muzikal ini dipadankan daripada komik popular tentang band rok remaja, The Archies tetapi ia juga dijayakan turun-temurun bintang Bollywood ternama yang muncul buat kali pertama dalam dunia perfileman.

Antaranya, adalah anak Raja Bollywood, Shah Rukh Khan, Suhana Khan, 23 tahun; cucu pelakon legenda Amitabh Bachchan, Agastya Nanda, 22 tahun; dan anak perempuan penerbit Boney Kapoor dan pelakon legenda Sridevi, Khushi Kapoor, 22 tahun.

Tidak banyak yang diketahui tentang filem untuk wadah penstriman Netflix ini kecuali ia menarik perhatian ramai bintang Bollywood kerana mengetengahkan bakat anak-anak dan cucu bintang ternama.

Pengarah Kuch Kuch Hota Hai, Karan Johar, tidak sabar menyaksikan Suhana membuat penampilan sulungnya dalam filem ini. Zoya pula menganggap belia itu pandai membawa dirinya dan nampak ranggi dalam filem tentang budaya pop dan muzik.


Boney memberi sanjungan buat anaknya yang memilih untuk mengikuti jejak langkah Sridevi dalam bidang lakonan.Kata bapa yang bangga itu dalam laporan Hindustan Times:


“Ketika Sridevi meninggal, Khushi baru berusia 16 tahun. Dia tiada rancangan nak jadi bintang filem. Kalau pun dia minat memasuki bidang lakonan, saya dan Sridevi hanya mahu dia tumpukan perhatian pada pelajarannya.”

Agastya pula perlu menangani kecaman warganet yang menonton treler The Archies dan mendapati dirinya kaku menari.


“Patutlah selama ini dia disorok dan tidak diperkenalkan dalam sebarang filem. Cara dia menari masih macam kayu!” tulis seorang pengguna forum Reddit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >