Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aroma harum nasi ayam Hainan tawan hati ramai

Feb 24, 2024 | 05:30 AM



Sambil mengangkat pinggan nasi ayam Hainan daripada gerai My Nasi Ayam oleh Tong Fong Fatt di Pusat Makanan Bedok, pelanggan dapat menghidu aroma harum yang meningkatkan selera.







Ramai yang sering dilihat beratur panjang di gerai My Nasi Ayam yang menawarkan nasi ayam panggang dan nasi ayam kukus.

Setiap pinggan nasi ayam dengan pilihan ayam panggang atau ayam kukus, bermula pada harga $4.

Pada pandangan pertama, nasi itu kelihatan berminyak.

Walaupun nasi itu kelihatan seperti nasi biasa yang lain, rasanya penuh lemak dan enak dinikmati dengan sendirinya.

Nasi yang lembut itu dimasak dalam stok ayam, bawang putih, halia dan daun pandan. 

Nasi ayam tersebut dihidang lengkap dengan semangkuk sup, sos cili, sos halia dan sos kicap.

Ayam yang dipotong pula dibanjiri sos bijan.

Kedua-dua ayam panggang dan ayam kukus mempunyai isi yang lembut.

Kulit ayam panggang pula menambahkan rasa ayam yang berlemak.

Daripada suapan pertama, rasa pelbagai ramuan – nasi serta ayam dan cilinya – melengkapi satu sama lain.

Sos bijan itu menambah rasa masin kepada nasi yang wangi.

Semasa menghirup sup nasi ayam yang jernih dan penuh rasa, salah seorang pekerja My Nasi Ayam menyarankan untuk mencampur sos halia dalam sup itu.

Tidak disangka bahawa campuran itu amat menyegarkan dan menjadi palate cleanser bagi hidangan nasi ayam tersebut. – DAHLIA ZULKIFLI


  • Alamat: 1 Bedok Road, #01-22 Pusat Makanan Bedok, Singapura 469572
  • Waktu Operasi: Khamis hingga Selasa, 11 pagi hingga 8 malam



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >