Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Badrul Muhayat kepingin bersanding

Oct 10, 2023 | 03:46 PM



KUALA LUMPUR: Biarpun mencecah usia 55 tahun, pelakon Badrul Muhayat yang menikahi usahawan, Norhayati Zulkapli, 50 tahun, April lalu, tetap mahu bersanding pada majlis resepsi yang dirancang.


Bagaimanapun, Badrul yang sering melakonkan watak hero pada era 1990-an, terpaksa menangguhkan niat menganjurkan majlis resepsi disebabkan kekangan jadual dan komitmen mereka.

“Kami merancang menganjurkan majlis persandingan, bulan lalu, namun, terpaksa ditangguhkan kerana jadual sibuk. Mungkin selepas pulang dari melancong ke lima negara tidak lama lagi, baru kami rancang anjur majlis resepsi dan persandingan.

“Walau apa sekalipun, saya masih mahu bersanding, biarlah umur sudah masuk 55 tahun. Bagi saya, tidak jadi kesalahan selagi ada masa dan ruang,” katanya sewaktu ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) pada majlis tayangan filem Cerana Biduk Bu Merah, baru-baru ini.


Berkongsi bibit pertemuan dengan isterinya, Badrul mengaku tidak mengambil masa lama untuk menyunting Norhayati.

“Selepas sebulan berkenalan, kami buat keputusan berkahwin dan pilih tarikh lahir saya, iaitu pada 18 April lalu untuk diijabkabulkan. Saya tertarik dengan isteri kerana beliau bijak. Beliau lulusan Universiti Liverpool, England dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Malah, anak-anaknya juga berjaya. Ada yang bergelar doktor dan juruterbang. Saya anggap semua ini ketentuan Allah di mana ada orang berkawan, tiga empat tahun pun belum tentu bertemu jodoh,” katanya yang diperkenalkan kepada Norhayati melalui seorang jiran.

Selepas 13 tahun bergelar duda, kehadiran isteri melengkapkan hidup Badrul.

“Dahulu, saya tinggal sendirian. Adik setiap minggu datang untuk tengok sama ada saya okey atau tidak. Ibu juga hari-hari telefon bertanya khabar.

“Apabila ada isteri, kehidupan mula berubah. Makan minum terjaga, baju ada orang gosokkan, malah berat badan juga bertambah sedikit,” katanya.

Pada September 2010, Badrul bercerai buat kali kedua dengan Julia Daud. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >