Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bakat SG terus berjuang walau berkali 'kena reject'

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



Di sebalik pandemik Covid-19 yang melanda, ada hikmah yang tersembunyi buat bakat setempat dan 'band' cilik ini yang membuka lembaran baru dalam dunia seni. Segala jerih payah diatasi penyanyi solo, Joe Kifly, bagi mengeluarkan single pertamanya, 'Curang'. Empat remaja pula bersatu hati membentuk sebuah band District 22 dalam kebosanan duduk di rumah sewaktu tempoh pemutus litar jangkitan Covid-19, tahun lalu. BERITA HARIAN melaporkan.




SEMANGAT tidak mengenal putus asa setelah memasuki beberapa peraduan adu bakat ikonik di Singapura dan Malaysia adalah sesuatu yang tepat bagi menjelaskan prinsip pegangan bakat setempat Joe Kifly.



Joe, 39 tahun, yang nama sebenarnya, Zulkifly Mohamed Rashid Ebrahim Marican, mencuba nasibnya bagi peraduan serantau Asia Bagus pada 1994 dan 1995.



Beliau kemudian memasuki peraduan Singapore Idol pada 2006.



Pada 2013 pula, beliau antara bakat Singapura yang menebarkan sayap ke seberang Tambak bagi memasuki Akademi Fantasia.



Walau tidak berjaya merebut gelaran juara, Joe tidak hampa bahkan kesungguhannya itulah yang membuatkannya dilamar kolektif seni Voz Management yang diusahakan Olly Ismail bagi merakam lagu Curang.



Lagu ini hasil ciptaan dan tulisan lirik Joe sendiri, disusun semula dan diterbit Olly serta menjalani proses pengindukan Mnrecordings di Perancis. Ia ke udara di wadah penstriman Spotify esok.



Ikuti wawancara bersama Joe.



Soalan (S): Apakah yang mencetus minat menyanyi Joe?



Joe (J): Saya mula minat menyanyi pada usia 14 tahun. Teman-teman memberi maklum balas suara saya lunak didengar.



Dari situ, secara perlahan-lahan, saya perbaiki mutu vokal saya. Itulah masanya saya dewasa dengan banyak lagu hit ke udara di corong radio.



Ilham bagi saya mencipta lagu pula timbul apabila saya mendengar lagu-lagu 'berhantu' komposer Saari Amri yang popular pada tahun 1990-an.



S: Apakah yang memberi anda semangat untuk tidak mudah putus asa? Banyak peraduan yang disertai. Dengarnya karya anda juga pernah ditolak 'Sifu' legenda, Datuk M. Nasir.



J: Kegagalan dalam pertandingan saya jadikan pembakar semangat agar saya lebih gigih berusaha dan bekerja keras bagi mempertingkat mutu persembahan saya.



Memanglah saya tak nafikan ada perasaan sedih apabila gagal dalam peraduan tetapi saya lebih suka untuk mengalihkannya menjadi tenaga positif agar saya terus mencuba.



Pertemuan dengan 'Sifu' diuruskan teman saya di Johor Bahru pada 2013. Saya melahirkan hasrat saya menyanyi dan mencipta lagu.



Beliau bertanya kepada saya kalau saya ada bajet bagi melangkahkan kaki ke dalam bidang seni suara. Beliau juga menyarankan agar saya mengirim lagu demo kepadanya melalui e-mel.



Selepas mengirim lagu tersebut, saya tidak mendengar khabar berita daripadanya. Saya mengutus e-mel mengingatkannya tentang lagu demo saya. Mungkin beliau sibuk dan tidak membalas e-mel saya.



Tapi apabila tak dengar apa-apa pun, saya faham. Mungkin lagu saya tak layak diterbitkan daripada pengamatan Sifu.



Saya rasa terkilan tetapi saya mengambil cara untuk pandang ke depan. Tapi memanglah, kadangkala impian ini begitu hampir (untuk bekerjasama dengan legenda) tetapi akhirnya ia jauh dan tak kesampaian.



S: Apakah perasaan anda apabila anda akhirnya menghasilkan lagu 'Curang' yang akan dapat didengar di Spotify?



J: Apabila saya diberi peluang oleh Olly dan diajak pula berbincang, sejujurnya saya tidak letak harapan 100 peratus impian saya akhirnya menjadi kenyataan.



Namun dalam hati, saya benar-bernar berasakan inilah masanya bagi saya merealisasikan impian saya selama ini.



Saya reda... kalau inilah suratannya, saya akan melihat lagu saya ini dihasilkan.



Justeru, terima kasih tidak terhingga kepada Olly yang memberi saya kepercayaan dan kata-kata positif.



Saya sering tekankan kepadanya saya cuma perlukan satu peluang dalam hidup. Biarlah lagu Curang ini menjadi satu pertaruhan dan penentu sejauh mana kerjaya saya ini boleh pergi selepas ini.



S: Ceritakan kisah di sebalik lagu ini.



J: Lagu ini tiada kena-mengena dengan kehidupan peribadi saya. Ia dicipta secara spontan sewaktu saya sedang memandu sekitar 5 pagi untuk ke tempat bertugas.



Biasanya, ilham lagu datang spontan, di mana-mana sahaja saya berada. Ia mengisahkan tentang lelaki yang terlanjur mencurangi kekasihnya dan memutuskan hubungan itu.



Lelaki ini mengambil pengalaman itu secara positif dan mendoakan yang terbaik buat dirinya dan kekasihnya. Kesilapan itu satu pengajaran berharga.



S: Apakah pengertian lebih besar lagu ini buat Joe?



J: Alhamdulillah, 2021 bermula dengan single pertama saya dilahirkan. Saya juga mendapat cahaya mata ketiga, anak perempuan bernama Jazmyn Zophia.



Kedua-duanya rezeki yang disyukuri. Begitu juga kehadiran isteri, Joceren Tamano, 33 tahun, dari Filipina.



S: Ceritakan pengalaman menyertai 'Akademi Fantasia' pada 2013.



J: Pengalaman dalam peraduan ini memang paling payah dilupakan. Saya terpandang iklan di televisyen dan langsung tempah tiket penerbangan untuk ke Shah Alam bagi sesi uji bakat yang diadakan.



Saya sanggup beratur 10 jam bagi sesi tersebut. Walaupun tak pergi jauh, ia pendedahan buat saya dalam perjalanan seni.



S: Apa harapan Joe bersama Voz Management?



J: Saya bersyukur dapat memulakan perjalanan seni saya bersama kolektif seni Voz Management.



Andai ada rezeki, saya bertekad menaikkan lagi nama Voz Management di Singapura, Malaysia dan Indonesia.




"Pengalaman dalam peraduan (Akademi Fantasia 2013) ini memang paling payah dilupakan. Saya terpandang iklan di televisyen dan langsung tempah tiket penerbangan untuk ke Shah Alam bagi sesi uji bakat yang diadakan.

Saya sanggup beratur 10 jam bagi sesi tersebut. Walaupun tak pergi jauh, ia pendedahan buat saya dalam perjalanan seni."

- Joe Kifly.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >