Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bawa kucing naik kapal mewah sempena acara ‘Cruise Kucing’

Jul 16, 2023 | 05:30 AM



Pencinta dan pemilik kucing yang terfikir ingin membawa haiwan kesayangan mereka itu bersiar-siar sambil menikmati angin laut boleh menyertai satu sesi pelayaran dua jam setengah sekitar perairan Singapura atas kapal mewah bertiang tinggi Royal Albatross pada 8 Ogos ini.

Itulah sesi pelayaran sulung yang diperkenalkan syarikat yang berpangkalan di Singapura, Tall Ship Adventures Pte Ltd, selepas kejayaan sesi pelayaran bersama anjing atau ‘Dog Cruise’ yang disertai 2,200 anjing sejauh ini sejak dilancarkan pada April 2021.


Sesi ‘Cat Cruise’ atas kapal mewah setinggi 47 meter itu dijangka menarik pembela kucing yang mahukan pengalaman berbeza.


Tarikh 8 Ogos meraikan Hari Antarabangsa Kucing.

Sesi pelayaran Royal Albatross itu merupakan pemenang Anugerah Pelancongan Singapura 2022 dalam kategori ‘Pengalaman Daya Tarikan Paling Cemerlang Singapura’.

Pengendali dan pemilik The Royal Albatross serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tall Ship Adventures Pte Ltd, Encik Peter Pela, yang gemarkan kucing berkata:

“Kami telah lihat permintaan yang menggalakkan daripada pemilik kucing yang ingin bawa kucing mereka menyertai pelayaran bersama anjing. Justeru, kami menjalankan kajian mendalam untuk membawa kucing atas kapal ini dan bagaimana melakukannya dengan selamat.

“Selepas menjalankan ujian percubaan dan sesi runding cara bersama beberapa pakar dan pihak berkuasa termasuk doktor haiwan, khidmat runding cara kucing The Cat People,  Persatuan Cegah Kekejaman ke atas Binatang (SPCA), Persatuan Kebajikan Kucing dan Lembaga Taman Negara (NParks), kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa kami telah mencipta sesi Pelayaran Makan Malam Matahari Terbenam buat rakan-rakan pencinta kucing kita dan haiwan peliharaan mereka agar dapat berkongsi tempoh berharga bersama keluarga di meja makan yang akan dikenang sampai bila-bila.”

Encik Pela akur pihaknya tahu sesetengah kucing kebiasaannya disimpan di dalam rumah sahaja dan mungkin akan rasa gementar atau takut untuk keluar dari rumah mereka. Justeru, sesi pelayaran itu bukan untuk semua jenis kucing.

“Bagaimanapun, dengan pendidikan yang betul, langkah berjaga-jaga dan cara pemilikan haiwan yang bertanggungjawab, kucing dan pemilik mereka boleh menikmati pelayaran bagi memupuk kemesraan dan kasih sayang antara mereka secara selamat.

“Bagi pendidikan kami sendiri, kami telah bekerjasama dengan SPCA untuk melatih seluruh kru kapal mengenai keselamatan dan kebajikan kucing agar kami dapat bertindak proaktif sewaktu pelayaran dan mencegah berlakunya kemalangan atas kapal.

“Kami juga akan mengadakan taklimat keselamatan khusus oleh Kapten bagi memastikan setiap orang tahu tentang langkah berjaga-jaga yang perlu diambil,” tambahnya.

Sesi pelayaran itu menawarkan pengalaman unik dan meraikan cinta Singapura pada kucing.

Matlamat Royal Albatross adalah membangun kasih sayang antara keluarga dengan haiwan peliharaan mereka. Banyak yang dapat dilakukan bagi menyepadukan kucing dalam gaya hidup sehari-hari si pemilik.

Kucing anda akan rasa selamat, relaks, selesa dan nyaman dengan pemandangan lautan yang indah.

Namun, tidak seperti pelayaran anjing di mana makanan ‘gourmet’ tiga pusingan dihidangkan untuk mereka, pemilik kucing diberi beg cenderahati mengandungi makanan kucing yang boleh diberikan dalam keselesaan rumah masing-masing mengikut rutin waktu makan si kucing.

Hidangan empat pusingan atau tujuh pusingan buat pemilik kucing itu akan tetap tersedia.

Bagi memastikan pelayaran itu selesa buat si kucing, kabin peribadi atau ‘Catacomb’ yang membolehkan mereka melihat pemandangan indah laut matahari terbenam akan disediakan di sebelah meja pemilik mereka.

Pengarah Daya Tarikan, Hiburan dan Konsep Pembangunan Pelancongan, Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Cik Ashlynn Loo, berkata pihaknya teruja untuk mengalu-alukan pelayaran kucing pertama di dunia di atas Royal Albatross.

“Gembira saya melihat perniagaan pelancongan mencipta semula bisnes mereka dengan produk inovatif bagi memperluas daya tarikan dan tawaran mereka buat kumpulan sasaran berbeza serta menambah kerencaman pada landskap pelancongan kita,” jelas Cik Loo.

Pengasas dan Pengarah Urusan The Cat People, Cik Alen Thum pula mendapatkan pandangan pasukan Royal Albatross untuk membantu menggunakan inovasi dan keperincian dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan kucing terjaga atas kapal.

Selepas sesi 8 Ogos yang bermula 6.30 petang, sesi pelayaran kucing susulan dibuat pada beberapa Selasa pilihan penganjur. Layari laman https://tallship.com.sg untuk ketahui tarikh pelayaran dan butiran tempahan tiket. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >