Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Oleh-oleh’ Jepun: Dilanda taufan, ‘lawat’ Godzilla dan tayang kimono

Jurugambar BH kembara ke Osaka, Kyoto dan Tokyo ‘tengok-tengok’ gaya hidup orang Jepun
Jul 9, 2023 | 5:30 AM
BERGAYA ALA ORANG JEPUN: Pelancong Singapura menggunakan khidmat meminjam pakaian tradisional Jepun yang ditawarkan Kyoto Kimono Rental Yumeyakata Gojo.
BERGAYA ALA ORANG JEPUN: Pelancong Singapura menggunakan khidmat meminjam pakaian tradisional Jepun yang ditawarkan Kyoto Kimono Rental Yumeyakata Gojo. - Foto BM oleh KHALID BABA
KAKI JALAN
KAKI JALAN -

Terasa tempias taufan di kawasan hiburan, perniagaan dan beli-belah tumpuan ramai di Shinjuku.

Angin kencang yang dingin cukup mengejutkan kami, pelancong Singapura, yang tidak pernah berasakan kesan bencana alam sedemikian rupa.

Kelihatan orang ramai berjalan pantas dengan payung yang bagaikan bila-bila masa terbang terlepas dari genggaman.

PUKULAN TAUFAN: Kelam-kabut pengunjung ke kawasan beli-belah dan perniagaan di lantai bawah Toho Cinemas apabila angin menderu kencang.
PUKULAN TAUFAN: Kelam-kabut pengunjung ke kawasan beli-belah dan perniagaan di lantai bawah Toho Cinemas apabila angin menderu kencang. - Foto BM oleh KHALID BABA

Kami yang berdiri di depan replika raksasa reptilia prasejarah Godzilla yang dikatakan bangkit diperkasa oleh radiasi nuklear di kawasan Shinjuku terasa betapa kencangnya angin yang menderu ketika itu.

DEKATI GODZILLA: Sedang pelancong Singapura bergambar di depan replika  reptilia ikonik Godzilla, terasa angin kencang tempias taufan di situ.
DEKATI GODZILLA: Sedang pelancong Singapura bergambar di depan replika reptilia ikonik Godzilla, terasa angin kencang tempias taufan di situ. -

Inilah yang saya lalui bersama isteri ketika berkunjung ke Osaka, Kyoto dan Tokyo di Jepun baru-baru ini.

Kunjungan itu adalah sebagai ganjaran bertugas selama 20 tahun di Singapore Press Holdings (SPH) yang kini dikenali sebagai SPH Media yang belum dimanfaatkan dek komitmen tugas dan keluarga sehinggalah tempoh khidmat saya mencecah 30 tahun, tahun ini.

Kami memilih Dreamcation Cruises and Tours bagi agensi pelancongan untuk memudahkan kami bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain di samping membina ukhuwah dengan pelancong lain yang ikut serta.

Peluang memberi makan rusa di Taman Rusa Nara di kaki Gunung Wakakusa memang satu pengalaman menyeronokkan buat penduduk hutan batu seperti kami yang terbiasa melihat rusa hanya di taman haiwan yang terkurung sahaja.

Sambil menikmati pemandangan di taman yang dibangunkan sejak 1880, anda juga boleh bergambar di samping pepohonan yang indah dipandang mata.

BERI MAKAN RUSA: Isteri penulis dan jurugambar Khalid Baba, Cik Zailina Mohd Zain, memberi makan rusa jinak di Taman Rusa Nara.
BERI MAKAN RUSA: Isteri penulis dan jurugambar Khalid Baba, Cik Zailina Mohd Zain, memberi makan rusa jinak di Taman Rusa Nara. - Foto BM oleh KHALID BABA

Kami juga mengunjungi Istana Osaka yang tersergam indah dan merupakan antara mercu tanda terkenal di Jepun sejak abad ke-16 era pemerintahan Azuchi-Momoyama.

Sempat juga kami meninjau ruang ‘Shibuya Crossing’ atau lintasan jalan paling sibuk yang dikatakan menampung 3,000 pengunjung yang menyeberangi jalan pada setiap masa.

LAUTAN MANUSIA: ‘Shibuya Crossing’ atau lintasan jalan paling sibuk yang dikatakan menampung 3,000 pengunjung yang menyeberangi jalan pada setiap masa.
LAUTAN MANUSIA: ‘Shibuya Crossing’ atau lintasan jalan paling sibuk yang dikatakan menampung 3,000 pengunjung yang menyeberangi jalan pada setiap masa. - Foto BM oleh KHALID BABA
LEPAS RINDU MELANCONG: Pelancong dari Singapura mengubati kerinduan pada kembara melihat negara orang dan bergambar bersama di Taman Oishi.
LEPAS RINDU MELANCONG: Pelancong dari Singapura mengubati kerinduan pada kembara melihat negara orang dan bergambar bersama di Taman Oishi. - Foto BM oleh KHALID BABA

Beberapa pemandangan yang cantik dirakam di Taman Oishi di mana anda boleh meninjau Tasik Kawaguchiko. Anda juga boleh merakam foto saujana mata memandang panorama Gunung Fuji menerusi kereta kabel.

PEMANDANGAN INDAH: Sambil menaiki kereta kabel, anda juga boleh merakam foto indah termasuk panorama Gunung Fuji.
PEMANDANGAN INDAH: Sambil menaiki kereta kabel, anda juga boleh merakam foto indah termasuk panorama Gunung Fuji. - Foto BM oleh KHALID BABA

Apa yang saya hargai adalah peluang ‘kembara’ ke Turkey walaupun berada di Jepun sewaktu berkunjung ke masjid dengan seni bina ala Ottoman. Bagai menaiki mesin kembara masa ( time machine), kami kembali ke era 1930-an di Turkey.

Muzium budaya Turkey juga ada di dalam ruang yang mencetus kesyahduan. Lampu candeliernya mempesona sewaktu berada di Tokyo Camii & Diyanet Turkish Culture Center.

KHAZANAH TURKEY DI JEPUN: Walaupun berada di Jepun, terasa bagai di Turkey sewaktu berkunjung ke masjid dengan seni bina ala Ottoman, Tokyo Camii & Diyanet Turkish Culture Center.
KHAZANAH TURKEY DI JEPUN: Walaupun berada di Jepun, terasa bagai di Turkey sewaktu berkunjung ke masjid dengan seni bina ala Ottoman, Tokyo Camii & Diyanet Turkish Culture Center. - Foto BM oleh KHALID BABA

Namun, kalau anda ingin rasakan suasana kebudayaan Jepun yang kaya tradisi zaman-berzaman, anda boleh melawat Saiko Iyashi-no-Sato Nenba atau Perkampungan Jepun Tradisional.

Rumah-rumah kampung Jepun yang dibina semula boleh ditinjau manakala anda juga boleh menyewa pakaian tradisional Jepun seperti kimono di sini.

Kami pula mendapatkan pakaian tradisional kimono dan yukata di khidmat menyewa pakaian tradisional Jepun, Kyoto Kimono Rental Yumeyakata Gojo.

Dalam kunjungan itu, kaki ini turut melangkah ke Pasar Ikan Tsukiji di mana kami dapat menyaksikan sendiri hingar-bingar suasana di pasar serta kesegaran makanan laut yang dijual.

MAKANAN LAUT SEGAR: Di Pasar Ikan Tsujiki, anda dapat meninjau jualan ikan dan makanan laut segar.
MAKANAN LAUT SEGAR: Di Pasar Ikan Tsujiki, anda dapat meninjau jualan ikan dan makanan laut segar. - Foto BM oleh KHALID BABA

Saksikan foto-foto berikut sepanjang kunjungan seminggu saya yang sekurang-kurangnya memberikan saya pengalaman bertukar angin selepas Hari Raya Aidilfitri pada April lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg