Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bebas cergas di usia 50-an

Aug 16, 2023 | 5:30 AM
PENGELOLA: Hanim Mohd Saleh, Editor Bersekutu & Kolumnis Kanan
PENGELOLA: Hanim Mohd Saleh, Editor Bersekutu & Kolumnis Kanan - Foto BH oleh DIYANA TAHA

Semasa di sekolah menengah dahulu, saya merupakan anggota aktif Pasukan Kadet Kebangsaan atau NCC tetapi kegiatan yang paling tidak saya sukai dan pasti elakkan ketika bersama pasukan itu ialah hiking, terutama melibatkan pendakian bukit.

Paling benci jika ada latihan di hutan simpanan Bukit Timah dan MacRitchie. Sesak nafas dan macam nak pitam dibuatnya apabila perlu mendaki tanah yang tinggi.

Namun siapa sangka, ketika usia melangkah separuh abad, antara kegiatan yang selalu menyuntik kegembiraan dan semangat saya ialah trekking dan hiking. Bahkan saya seronok meneroka hutan-hutan yang ada di sini, termasuk Bukit Timah, Taman Alam Semula Jadi Rifle Range, Hutan Clementi dan Fort Canning. Terasa lebih sihat dan muda.

Apa yang membuat saya berubah fikiran tentang kegiatan lasak antara usia muda dengan separuh abad?

Mungkin ketika bergelar pelajar dahulu, kegiatan seperti itu menjadi antara ‘syarat’ untuk mendapat ganjaran dan naik pangkat. Ada unsur ‘dera’, ada unsur ‘paksa’ sehingga membuat pelajar rasa tertekan dan tidak suka.

Tetapi apabila ia dilakukan secara sukarela, apatah lagi dengan kesedaran demi untuk gaya hidup lebih sihat, kegiatan yang sukar boleh berubah menjadi seronok. Lebih-lebih lagi ia menjadi aktiviti yang mendekatkan dengan kawan-kawan yang berkongsi sama minat dan tujuan.

Walaupun penat bergiat lasak dengan aktiviti trekking seperti ini, ia memberi kegembiraan dan menambah kesihatan jiwa dan fikiran.

Namun dalam bergiat cergas, soal kesihatan lain juga perlu diambil kira. Seperti yang disarankan doktor, kita harus minum air yang mencukupi, kira-kira dua liter sehari demi penghidratan tubuh badan.

Pemeriksaan kesihatan menyeluruh juga perlu dibuat setahun sekali, termasuk lakukan ujian darah, buah pinggang dan jantung demi memastikan stamina kita baik dan keadaan kesihatan terpantau.

Betul seperti yang dikatakan oleh doktor keluarga, Dr Elly Sabrina Ismail, yang turut menyumbang artikel dalam keluaran WHe minggu ini, bahawa penting untuk kita menikmati kebebasan seorang wanita pada usia 50 tahun.

Dalam lingkungan usia sebegini, kita tidak lagi sibuk menguruskan anak kecil, keadaan kewangan pula lebih mantap dan kita harus berusaha agar berada dalam keadaan yang sihat dan cergas.

Pada usia seperti inilah masa yang tepat untuk melakukan perkara yang menggembirakan, termasuk melancong dan menikmati hasil penat bekerja semasa muda.

Apa pun cabaran yang sedang dihadapi dalam usia sekarang, moga ia tidak menjadi penghambat untuk kita menjadikan kehidupan ini lebih positif, ceria dan bermakna.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg