Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bekas menteri Khairy Jamaluddin pamer bakat lakonan

Oct 27, 2023 | 06:45 PM



KUALA LUMPUR: Nama Khairy Jamaluddin memang tidak asing dalam rantau ini.

Daripada seorang menteri, beliau yang juga dikenali sebagai KJ kini terkenal sebagai seorang penyampai radio serta podcast dan tidak kurang juga sebagai pelakon.

Baru-baru ini beliau tampil berlakon selaku seorang penghantar makanan dalam satu iklan iklan produk makanan daging.

Dalam muatan di Instagramnya, KJ muncul dalam satu video pendek mempromosikan produk itu dalam satu sketsa komedi.

Dialog pembuka sketsa itu KJ kedengaran berkata: “Memandangkan sekarang saya free, saya berbesar hati terima tawaran tu…” Sejurus itu, beliau bergegas turun dari sebuah rumah kampung, dengan sebuah beg penghantaran yang digantung di bahunya dan menaiki motosikal, seakan bekerja sebagai penghantar.


Lakonannya yang santai mencuit hati warga net dan ramai memuji sikapnya yang rendah diri itu.

Kata seorang pengikutnya, @keemaiyusof : “The struggle is real. Walau kita tahu yang KJ tak lah sesusah rakyat biasa.. but the fact is itulah dia reality pekerjaan rakyat malaysia.. apa ada semua sauk.. demi kelangsungan hidup.. tahniah KJ. Cuti sebentar. Menyerlah semua segi 🤣…”


Ramai juga yang memujinya sebagai ahli politik dan personaliti yang berjiwa rakyat.

Kata seorang lagi pengikut @udadyanna : “Hebat KJ! Kalah di kerusi parlimen tapi menang di hati rakyat…”

Sebelum ini ramai artis seperti penyanyi Awie, hos rancangan popular Gegar Vaganza Nabil Ahmad, pelakon popular Beto dan Lisa Surihani juga pernah terlibat dalam video produk daging ini.

Menurut KJ, beliau berbangga bekerjasama dengan syarikat itu yang memberi peluang, bukan saja pekerjaan tetapi juga perniagaan buat orang umum.

“Nak jadi peniaga ni bukan senang, kita kena ada bukan saja kemahuan untuk jadi seorang peniaga, ataupun usahawan, tetapi kita mesti ada perancangan dan mesti ada disiplin. Cari strategi ataupun pendekatan yang lebih baik untuk kita pastikan bahawa produk kita diterima oleh rakyat,” tambah KJ.

Lakonannya itu mendapat pujian ramai warga net. Satu lagi komen dari video itu datangnya dari @hazlin_shana yang menulis :

“Dah boleh dah @khairykj semua “P” dia sapu, pemimpin parti, pembangkang, pengerusi @ ketua umno bahagian, pengerusi korporat, pengusaha, pengelola bahagian, pendidik, pengkritik bebas, pengacara, pelakon, penyanyi, pelawak, penyampai radio, pengulas sukan dsbnya, tinggal satu “P” yg belum terwujud, moga hasrat kami utk lihat kj jadi pemimpin tertinggi ini dimakbulkan. Amin Ya Allah…”

Pelakon jelita Nora Danish juga meninggalkan komen “Legend ! ❤️ #respect”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >