Tahukah anda bahawa Marina Bay dahulu hanyalah lautan? Namun, ia kini sudah berubah menjadi hab kewangan, hiburan dan kawasan masyarakat yang bertenaga.
‘Layari’ sejarah kawasan itu apabila anda menyertai program, DBS Sailing At The Bay, anjuran DBS Bank yang direka khas sempena Festival Warisan Singapura 2024.
Ketahui trivia bersejarah tentang mercu tanda di persisiran air ikonik itu menerusi kembara audio sambil menikmati latar langit Singapura dari kawasan perairan.
Layari laman web, https://bh.sg/dbssail untuk maklumat lanjut dan buat pendaftaran awal.
Tarikh: 12 hingga 19 Mei
Waktu: Pelbagai slot
Tempat: Marina Bay. Jumpa di sebelah Customs House (70 Collyer Quay, Singapura 049323)
Masuk percuma
Mari beri sokongan kepada peserta pertandingan nyanyian, Senandung Rock Jiwa Retak, anjuran Wisma Geylang Serai (WGS).
Pertandingan nyanyian itu terbuka kepada peserta berusia 18 tahun ke atas yang telah membuat pendaftaran.
Mereka bakal menyanyikan lagu balada rok mengusik jiwa.
Saksikan suara siapakah yang mencerminkan ‘jiwa retak’ dan persembahan siapakah yang paling ‘mencengkam’?
Tarikh: 18 Mei
Waktu: 8 hingga 9.30 malam
Tempat: Persada Budaya, Wisma Geylang Serai (WGS), tingkat satu
Masuk percuma
Sebagai sebahagian daripada Festival Warisan Singapura, Lembaga Warisan Negara (NHB) melancarkan panduan digital atau digital companion, yang dipanggil Jalan Jalan buat pengunjung yang mahu meneroka sendiri jejak warisan.
Pengunjung boleh mengakses panduan digital itu apabila mereka melayari pautan, Jalan Jalan, di telefon bijak mereka.
Menerusi Jalan Jalan, pengunjung boleh menerokai tiga jejak warisan di Changi, Ang Mo Kio dan Woodlands yang mempunyai 48 tapak warisan.
Dapatkan maklumat yang mungkin kurang diketahui.
Dari 1 Mei hingga 30 Jun ini, anda juga berpeluang memenangi hadiah, tertakluk pada terma dan syarat-syarat.
Layari pautan, Jalan Jalan, di https://bh.sg/jalan
Tarikh: 1 hingga 30 Jun
Selami dunia lebah dan belajar bagaimana madu dihasilkan dalam bengkel, What a Bee-zy Day!, anjuran Pusat Sains Singapura.
Kemudian, luangkan masa bersama anak anda untuk membuat kek madu yang enak.
Bengkel ini khusus buat kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun.
Tarikh: 18 dan 19 Mei
Waktu: 11 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Sains Singapura
Harga: $65 bagi setiap pasangan ibu/bapa dan anak.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg