Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bella Astillah akui percaya Aliff Aziz

Oct 20, 2023 | 1:21 PM
BUKAN KERANA KURANG YAKIN DIRI: Bella Astillah, memohon maaf sekiranya hantaran yang dimuat naik di media sosial mengenai suami, Aliff Aziz dan pelakon, Sophia Albarakbah menimbulkan rasa kurang senang.
BUKAN KERANA KURANG YAKIN DIRI: Bella Astillah, memohon maaf sekiranya hantaran yang dimuat naik di media sosial mengenai suami, Aliff Aziz dan pelakon, Sophia Albarakbah menimbulkan rasa kurang senang. - Foto INTAGRAM BELLA ASTILLAH

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, memohon maaf sekiranya hantaran yang dimuat naik di media sosial mengenai suami dan pelakon, Sophia Albarakbah menimbulkan rasa kurang senang.

Dayang Nabellah Awang Astillah, 28 tahun, mengakui hantaran yang dimuat naik tempoh hari bersifat kurang matang, namun berjanji untuk belajar memperbaiki diri.

“Setiap orang mempunyai cara mengendalikan rumah tangga masing-masing. Ada yang berkongsi di media sosial untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Namun setiap teguran, ada betulnya juga.

“Saya sekarang berada dalam fasa memperbaiki diri. Mungkin ada perkara yang saya terlepas pandang.

“Saya minta maaf jika ada yang berasa tidak selesa dengan hantaran saya yang kurang matang,” katanya.

Bella ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media dan sesi rakaman program, Dapur Tempur Selebriti, di Kuala Lumpur.

Penyanyi Tetap Disini itu enggan terpalit dengan cerita lama sebaliknya mahu meneruskan alam rumah tangga dengan lebih bahagia apatah lagi anak-anaknya sudah semakin dewasa.

“Tiada istilah ‘insecure’ sebab saya memang percayakan Aliff. Anak-anak juga sudah semakin besar dan boleh membaca. Saya jarang beri izin anak-anak saya pegang telefon kerana takut dia ternampak apa-apa berita mengenai saya dan suami di TikTok.

“Rumah tangga ada turun dan naik namun saya selalu memandang yang positif. Saya tidak mengulang kesedihan yang lalu,” jelasnya.

Sebelum ini, Bella memuat naik status menyelar tindakan pelakon Sophia dan mendakwa pelakon itu sengaja datang menonton persembahan suaminya semasa konsert minggu ketiga ‘All Stars Gegar Vaganza’ (GV10).

Hantaran tersebut mengundang kritikan warganet yang menganggap Bella cemburu tidak bertempat dan mempersoalkan kepercayaan Bella kepada suaminya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg