Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bella Astillah tepis andaian rancang tangkapan Aliff, Ruhainies

Mar 18, 2024 | 02:38 PM



Pelakon Bella Astillah, 30 tahun, menepis spekulasi yang mendakwa beliau sendiri mengatur perancangan bagi tangkapan suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies, dalam kes dakwaan khalwat pada 9 Mac.

Bella, atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabella Awang Astillah, mengakui terkejut dan tidak tergamak menjerat Ruhainies yang dianggap sebagai rakan baik.

“Kenapa saya nak rancang macam itu? Saya sendiri pun terkejut. Semua tahu saya baik dengan pelakon wanita terbabit itu (Ruhainies). Sebenarnya boleh periksa dekat pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi),” katanya dalam temu bual program Melodi yang disiarkan pada 17 Mac.


Bella sebaliknya ingin terus memandang ke depan dan reda nasi sudah menjadi bubur. Beliau juga tidak mahu peduli kata-kata warganet mengenai tanggapan mereka kepadanya, lapor Harian Metro.


“Tak boleh nak cakap apa sebab benda ini sudah terjadi. Sekarang ini saya fokus untuk ‘move on’ saja,” katanya.

Bella juga sempat memaklumkan ada individu menghubunginya untuk berjumpa. Individu terbabit ingin membantu menyampaikan maklumat berkaitan Aliff.

“Saya dah berjumpa dan ambil nombor telefon dia. Dia sudah lama nak cari dan hubungi saya, tapi saya yang tak berkesempatan sebab terlalu sibuk,” katanya.

Terdahulu, dunia hiburan gempar dengan penahanan Aliff dan Ruhainies oleh Jawi di sebuah kondominium.

Namun mereka dibebaskan dengan jaminan sekitar 2 petang hari sama.

Kededuanya bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Menyusuli kes itu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff. Namun, sebutan kes itu ditangguh apabila pelakon itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama iQiyi, Terjerat.


Pada 14 Mac pula, Aliff dan Ruhainies tampil menjelaskan kejadian sebenar mereka ditangkap. Mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa.

Kertas siasatan berhubung tangkapan khalwat mereka juga sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata proses selanjutnya adalah pendakwaan ke atas kedua-dua pelakon itu.

“Jawi melalui Bahagian Penguatkuasaan sudah pun melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu dan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut. Tindakan dibuat adalah mengikut undang-undang,” katanya kepada Harian Metro.


Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, tujuh tahun, dan Ara Adreanna, empat tahun.

Mereka pernah bercerai pada 2019 tetapi merujuk semula tidak lama selepas itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >