Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bella nekad pilih jalan cerai dengan Aliff

Mar 14, 2024 | 05:30 AM



Air mata pelakon dan usahawan kelahiran Sandakan, Sabah, Bella Astillah, bergenangan tetapi dirinya nekad memilih jalan yang dirasakan terbaik apabila memfailkan permohonan cerai daripada suaminya, pelakon dan penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di Jalan Duta, Kuala Lumpur, bagi sebutan kali pertama kes cerai itu.

Beliau hadir sekitar 12.30 tengah hari dengan ditemani ibunya, Cik Zarinah Astillah, dan adiknya, juga pelakon, Didi Astillah.

Aliff, 33 tahun, tidak hadir kerana dikatakan sibuk di set penggambaran drama iQiyi, Terjerat.


Justeru, kes ini akan disambung perbicaraannya pada 4 April ini.

Langkah memfailkan permohonan cerai ini dibuat menyusuli ‘hangatnya’ kes tangkapan khalwat membabitkan Aliff dengan pelakon gandingannya dalam drama Terjerat, Ruhainies, 31 tahun, di kondominium mewah pada 9 Mac.


Sebelum ini, Aliff pernah dikaitkan dengan beberapa pelakon Malaysia, Nur Afifah Nasir, Oktovia Manrose dan Sophia Albarakbah.

Kata Bella dalam video wawancara dengan beberapa media seberang yang tular di media sosial:

“Sebenarnya, saya fikir ini jalan terbaik untuk saya. Sepertimana yang semua tahu, kami pernah rujuk sebelum ini. Jadi, saya fikir, dengan memilih jalan masing-masing, ini mungkin yang terbaik untuk diri Aliff dan saya.

“Pada awalnya, dia bersetuju dan lagi-lagi pada Ramadan ini, saya mahu semuanya lancar. Itu sahaja.”

Menurut peguam syariah yang mewakili Bella, Encik Azmi Mohd Rais, kes perceraian telah difailkan pada 11 Mac lalu secara ekspres memandangkan pihaknya mendapat berita Aliff bersetuju.


“Tetapi hari ini, dia cakap tak bersedia kerana ada penggambaran. Jadi saya sudah mohon tarikh sebutan seterusnya bagi menyempurnakan serahan saman secara kendiri dan berbincang untuk menyelesaikan kes ini secara baik,” katanya.


Menyusuli laporan tangkapan khalwat ini, kededua Aliff dan Ruhainies berjanji ingin mengeluarkan kenyataan rasmi kerana mendapati ada beberapa perkara telah ditokok tambah dan tidak tepat.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 2016. Mereka bercerai pada 2019 tetapi merujuk semula pada 2020.

Mereka dikurniakan dua anak, Mohamad Ayden Adrean, tujuh tahun, dan Ara Adreanna, empat tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >