Penyanyi lagu ‘Sayang Sayang’ buat fikiran netizen ‘jerebu’ dek isu Aliff-Ruhainies
Pengguna Berdaftar
Penyanyi lagu ‘Sayang Sayang’ buat fikiran netizen ‘jerebu’ dek isu Aliff-Ruhainies
Pengajaran buat artis untuk jaga diri, jaga hati dan tidak sia-siakan peluang dan bakat
Mar 16, 2024 | 5:30 AM
Semakin banyak tanda tanya netizen setelah Aliff Aziz (kanan) dan Ruhainies (kiri, di bawah) mengeluarkan kenyataan masing-masing pada 14 Mac berhubung soal dakwaan tangkapan khalwat pada 9 Mac. Isteri Aliff, Bella Astillah, pula memfailkan perceraian kerana menyifatkan ia jalan terbaik buatnya dan Aliff. - Foto INSTAGRAM ALIFF AZIZ/RUHAINIES/BELLA ASTILLAH
Beberapa hari sebelum Ramadan, seperti tahun-tahun sudah, saya menjangkakan dan mengharapkan bulan puasa yang tenang untuk bebaskan diri daripada prasangka dan sikap yang kadangkala tanpa menyedari mudah menilai tindak-tanduk dan kata-kata orang.
Justeru, pastinya pada bulan penuh barakah ini, akan ada cerita artis yang memulakan misi murni membantu orang dan menebarkan kebajikan, gigih berniaga secara musiman mahupun yang ingin mengubah diri menjadi insan yang lebih baik perilakunya.
Laporan berkaitan
Dua pelakon ‘Terjerat’, Aliff Aziz dan Ruhainies, ditangkap khalwatMar 9, 2024 | 1:18 PM
Bella nekad pilih jalan cerai dengan AliffMar 13, 2024 | 6:57 PM

