Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bella ingin jalani hidup sendiri tapi tidak sekat Aliff temui anak

Mar 13, 2024 | 08:02 PM



Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa cekal dan sabarnya seorang isteri menangani pelbagai onak duri dalam alam rumah tangganya.

Demi kebahagiaan dan ketenangan hati dua anaknya, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masih kecil, pelakon yang juga usahawan Bella Astillah, atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29 tahun, banyak merahsiakan kedukaannya.

Situasi itu lebih lagi diperlukan apabila suaminya, Aliff Aziz, terbabit dengan kes tangkapan khalwat di kondominium mewah bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac.

Dalam klip video wawancara bersama beberapa media seberang yang tular di media sosial, Bella yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13 Mac bagi sebutan pertama kes tuntutan cerai yang dibuat ke atas Aliff, berkata anak-anaknya tidak terjejas dengan isu ‘hangat’ bapa mereka itu.

“Mereka tak terkesan apa-apa sebab saya selalu beri alasan ‘Daddy’ mereka, Aliff, bekerja dan mereka pun tidak main telefon bimbit.

“Macam Adrean pun belajar di sekolah Cina. Jadi dia tak dengar apa-apa berita. Adrean tetap hantar ucapan Ramadan kepada ‘Daddy’-nya. Begitu juga dengan Ara.

“Saya juga beritahu dengan Aliff, ‘Awak sentiasa boleh jumpa anak-anak. Saya takkan tetapkan apa-apa syarat untuknya bertemu dengan anak-anak’,” jelas Bella dengan nada sebak.

Baginya, walau apa-apa pun yang berlaku pada hubungan beliau dan Aliff, penyanyi lagu Sayang Sayang itu tetap bapa kepada dua anaknya yang berusia tujuh dan empat tahun.


Pada 9 Mac, Aliff ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama Ruhainies di kondominium yang dikatakan milik Ruhainies.

Pihak Jawi mengesahkan mereka mendapat panggilan dan maklumat daripada seseorang sebelum membuat serbuan dan ia bukan satu gimik promosi drama, Terjerat, yang sedang dilakonkan kededua Aliff dan Ruhainies.


Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 25 Februari pula tersebar menunjukkan individu yang didakwa kelihatan seperti Aliff dan Ruhainies berjalan dari lobi kondominium ke lif.

Bella yang sepatutnya terlibat dalam drama yang sama juga telah mengundurkan dirinya daripada drama berkenaan.

Secara ironinya, Bella membawa watak ‘penyondol’ suami (lakonan Fendy Bakry) watak yang dimainkan Ruhainies.

Menurut ‘orang dalam’ drama itu yang enggan namanya disebutkan ketika dihubungi media seberang, pastinya dalam keadaan sekarang sukar untuk Bella berlakon dengan Ruhainies memandangkan ada babak yang memerlukannya (sebagai watak penyondol) meminta maaf kepada Ruhainies yang membawa peranan sebagai isteri yang dicurangi.

Perbicaraan kes cerai Bella dan Aliff, bagaimanapun, tidak dapat diteruskan kerana Aliff tidak muncul di mahkamah kerana dikatakan sibuk di set penggambaran. Ia akan disambung pada 4 April.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), ibu Aliff, Cik S. Hafiza Basharahil, berkata beliau tidak dapat mengulas mengenai isu itu sebab belum lagi berbincang dengan Aliff bagi mendapatkan penjelasan lanjut.


Cik Hafiza menghargai doa orang ramai agar urusan keluarganya dimudahkan.

BH cuba menghubungi Aliff tetapi tidak mendapat respons daripadanya.

Di Instagram Bella yang memuatnaikkan video dirinya di mahkamah dengan berlatarbelakangkan lagu sayu, Billie Eilish, What Was I Made For?, ramai warganet dan selebriti memberi kata-kata dorongan dan doa buat Bella.


Pengacara Sarimah Ibrahim menulis: “Awak layak meraih kebahagiaan dan kehidupan tanpa resah, curiga dan bimbang.”

Penyanyi muda Yazmin Aziz pula menambah: “Saya mengagumi kesabaran dan keberanian awak dalam berdepan dengan semua dugaan dan ujian ini.” – Laporan tambahan RUBIAH MOHD




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >