Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bintang cilik kian yakin jadi hos, pelakon

'Juara Mic Junior 2' beri Nik Aqimi peluang beri galakan kepada bakat muda lain
Jan 17, 2023 | 05:30 AM



TAHUN ini, pelakon dan pengacara cilik saluran televisyen Suria, Md Nik Aqimi Hashim, bakal menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Kesibukannya dapat dirasakan di samping tekanan yang bakal bangkit memandangkan ini adalah fasa penting dalam hidupnya.



Bagaimanapun, Nik, yang akan mencecah usia 12 tahun, menganggap ini sebahagian amanah yang perlu beliau seimbangkan untuk membina masa depan lebih cerah dan selesa dalam dunia hiburan apabila dewasa kelak.



Bahkan, sepanjang empat hingga lima tahun berkecimpung dalam bidang seni, Nik seronok membina rangkaian kenalan baru dan menimba pengalaman berlakon dan mengacara yang sangat dihargai.



Buat masa ini, anda dapat menyaksikan belia yang petah berbual ini mengacarakan adubakat si cilik, Juara Mic Junior (Musim Kedua) dan berlakon dalam drama kanak-kanak Stor Atuk (Musim Kedua).



Ketika dihubungi Berita Harian, Nik menjelaskan:



"Saya memang sudah lama mengimpikan peluang mengacara dan berlakon sebab ia sesuatu yang seronok saya lakukan.



"Ia memberi saya keyakinan diri untuk berdepan dengan sesiapa sahaja, belajar tentang dunia mengacara dan berlakon secara berkesan serta raih ilmu hiburan di televisyen bersama dengan mereka yang lebih tahu dan berpengalaman.



"Dalam Juara Mic Junior 2, saya juga dapat bina sinergi dan keserasian dengan Abang Zhin Sadali dan Kak Farah Farook yang jadi teman pengacara."



Beberapa tahun lalu, Nik menarik perhatian ramai sebagai bakat baru dalam drama tentang perkahwinan silang kaum, Couple Cosmo, yang disiarkan sebagai drama khas sempena ulang tahun Suria yang ke-20 tahun.



Pelakon yang menjadi ibu bapanya dalam drama itu, Tammie Chew dan Shahril Wahid, penuh dengan kata-kata pujian buat Nik.



"Dia dah macam pelakon profesional. Potensinya besar walau masih baru," kata Shahril dalam wawancara awal.



Tammie pula menambah:



"Dahlah comel, petah dan memudahkan lakonan kami sebab senang mesra dan ramah."



Kerana watak itu, Nik dipilih sebagai pemenang 'Bintang Cilik Terbaik' dalam Pesta Perdana dua tahun lalu.



"Sebenarnya, saya harus berterima kasih kepada mereka yang bekerjasama dengan saya kerana memberi saya keselesaan untuk berikan yang terbaik dalam setiap tugasan saya, baik berlakon atau mengacara.



"Dalam Stor Atuk 2, watak saya berubah-ubah dan tidak bersandarkan satu watak sahaja. Ia memberi saya fleksibiliti dan juga cabaran untuk menghidupkan bermacam watak," katanya.



Menyentuh tentang Juara Mic Junior (Musim Kedua) yang memerlukannya mengacara dalam rakaman 'live', Nik seronok menjadi teman kepada peserta yang baru berjinak-jinak dalam dunia televisyen dan hiburan.



"Alhamdulillah, saya tengok mereka 'steady' sahaja dan tak gementar. Selain jadi pengacara, saya pun macam 'cheerleader' yang beri mereka galakan untuk buat yang lebih baik lagi.



"Saya lebih suka apabila kawan saya bertambah dan kita boleh saling kongsi pengalaman membina. Tiada persaingan... semuanya perkara-perkara positif untuk beri sokongan sesama sendiri," katanya lagi.



Buat masa ini, Nik yang pada masa kecil menghadiri sesi pertuturan dan drama, belum menetapkan sebarang rancangan untuk menceburi bidang hiburan sepenuh masa atau mengejar kerjaya lain.



"Saya memang minat bidang seni. Saya tidak merasakannya sebagai beban tetapi saya selalu ingat pesanan ibu bapa bahawa walau apa pun, pelajaran harus didahulukan. Saya tidak mampu ketinggalan.



"Belum terfikir apabila dewasa nak jadi apa. Tapi apa yang saya sematkan dalam hati adalah keinginan terus terlibat dalam dunia televisyen sampai usia dewasa sebab inilah cinta pertama saya. Banyak yang saya belajar tentang kehidupan melalui bidang seni," katanya, yang meminati Datuk Aaron Aziz dan Hady Mirza kerana karisma kededuanya.



"Apabila dapat jumpa Abang Hady di Juara Mic Junior 2 sebab beliau adalah salah seorang pengadil, ia adalah satu kenangan manis.



"Saya kagum dengan cara Abang Hady menyanyi dengan begitu baik. Lontaran suaranya yang lunak dan penghayatannya buat saya rasa mesej lagu yang sampai ke hati saya," ujar Nik lagi, yang merupakan anak bongsu lima beradik.



Dalam setiap yang dilalui, Nik ingin banggakan ibu bapanya, Encik Hashim Abdul Jaffar dan Cik Rosilawatee Hussein, yang banyak mendorongnya dalam kerjaya seninya.



  • Juara Mic Junior 2 disiarkan setiap Selasa pada 8.30 malam di Suria.


"Saya memang sudah lama mengimpikan peluang mengacara dan berlakon sebab ia sesuatu yang seronok saya lakukan.



Ia memberi saya keyakinan diri untuk berdepan dengan sesiapa sahaja, belajar tentang dunia mengacara dan berlakon secara berkesan serta raih ilmu hiburan di televisyen bersama dengan mereka yang lebih tahu dan berpengalaman."



- Pelakon dan pengacara cilik, Md Nik Aqimi Hashim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >