Topic followed successfully
Go to BHkuBintang veteran, Jalil Hamid, meninggal dunia
Bintang veteran, Jalil Hamid, meninggal dunia
Bintang veteran, Jalil Hamid, meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Bintang veteran versatil, Jalil Hamid, meninggal dunia di kediamannya di sini, pada 4 Mei, 12.30 tengah hari, pada usia 69 tahun.
Pemergian Allahyarham Jalil, atau nama sebenar, Abd Jalil Abd Hamid, disahkan anak kelimanya, Afiqah Jalil, atau Iqa.
“Ayah meninggal dunia dalam tidur di rumah. Ayah mengalami jantung bengkak.
“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21 selepas solat Asar, petang ini (4 Mei).
“Sebelum itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Al Munawwarah untuk solat jenazah,” katanya kepada BH Online.
Dalam temubual bersama media pada Februari 2025, Allahyarham Jalil mengaku kecewa tidak berpeluang melakukan ibadah haji.
“Jantung saya belum pulih betul kerana syarat Tabung Haji tidak sesuai dengan keadaan jantung saya.
“Kalau hendak pergi haji, peratusan kesihatan jantung kita sekurang-kurangnya perlu melepasi 35 peratus. Jantung saya hanya mencapai tahap 24 peratus.
“Itu yang saya kecewa juga sebab saya sudah tunggu lama nak pergi Haji, dari 2008,” katanya, yang pernah menunaikan umrah beberapa kali ketika hayatnya.
