Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Brie Larson nyala semangat wirawati ‘tidak mati’ dikeji

Nov 8, 2023 | 1:46 PM
BRIE LARSON: Enggan terbawa-bawa marah dengan kecaman warganet yang berasakan beliau kurang memberi dalam watak Captain Marvel.
BRIE LARSON: Enggan terbawa-bawa marah dengan kecaman warganet yang berasakan beliau kurang memberi dalam watak Captain Marvel. - Foto MARVEL CINEMATIC UNIVERSE

Walaupun pernah rasa putus asa kerana sambutan tidak menggalakkan bagi watak Captain Marvel yang dijayakan, pelakon Brie Larson teruja ingin menjadikan filem susulan terkininya, The Marvels, sebagai filem hit.

Larson, 34 tahun, enggan rasa terganggu setelah menerima kata-kata negatif peminat lelaki filem-filem terbitan Marvel Cinematic Universe (MCU) yang menjejaknya dalam talian.

Ini dijelaskan pengarah The Marvels, Nia DaCosta, kepada laman Yahoo UK, baru-baru ini.

“Brie memiliki semangat waja dan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. Beliau cukup fokus. Beliau hanya mahu dirinya dan pelakon watak Ms. Marvel, Iman Vellani, seronok dalam set dan melalui pengalaman yang membuka mata. Saya sendiri ingin mereka berdua bahagia dan seronok.”

Ramai mungkin menyangka tawaran menjayakan filem Marvel sewajarnya memberi kebahagiaan dan kepuasan buat pelakon. Sayangnya, ramai yang mengecam menyatakan Larson merosakkan watak Captain Marvel. Kebanyakan yang memburuk-burukkan lakonan Larson adalah warganet lelaki yang seksis dalam penilaian mereka.

Pernah suatu ketika Larson, selebriti dalam ‘Senarai 100 Individu Berpengaruh Dunia 2019’ yang disiapkan majalah Time, membantah dengan kecaman warganet lantas menyoal di dalam talian: “Masih adakah yang ingin lihat saya jayakan watak Captain Marvel lagi?”

Filem The Marvels yang ditayangkan di pawagam pada Khamis menjejak kehidupan Captain Marvel atau Carol Denvers, Ms. Marvel atau Kamala Khan dan Photon atau Moniva Rambeau (lakonan Teyonah Parris). Mereka berdepan dengan ancaman baru yang mendesak mereka bertukar tempat dengan satu sama lain untuk memanfaatkan kuasa luar biasa yang dimiliki.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg