Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon ‘Ms. Marvel’ kini penulis komik

Jul 24, 2023 | 05:30 AM



Rezeki memang tidak pernah salah alamat.

Selepas berjaya dilamar membawa watak Kamala Khan dalam siri drama adiwira penerbitan Marvel Studios, Ms. Marvel, Iman Vellani, 20 tahun, kini ditawarkan peluang menulis bersama jalan cerita komik baru berdasarkan watak yang dijayakannya dalam aplikasi Disney+.


Iman menghasilkan komik empat isu terhad, Ms. Marvel: The New Mutant itu, bersama penerbit penyelia Sabir Pirzada, yang juga penulis naskhah Marvel.


“Tawaran ini jauh menyeramkan daripada menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU). Projek baru ini wujud dalam satu dimensi tersendiri, membolehkan saya membezakan diri saya sebagai penulis dengan watak Ms. Marvel yang saya jayakan.

“Kalau dahulu saya nyatakan saya tidak pernah berlakon dan tiba-tiba dapat jadi pelakon, kini saya katakan, saya hanya pegang komik untuk membacanya sebelum ini.

“Saya tidak pernah menulis apa-apa pun yang boleh dibanggakan sebelum ini tetapi saya mungkin banyak baca komik. Justeru itu, saya hanya menulis apa yang saya mahu baca dalam senaskhah komik,” ujar Iman dalam wawancara bersama laman Entertainment Weekly.


Sebagai pencinta komik, Iman membuat Sabir kagum sehinggakan beliau berkata:

“Pengalaman bekerjasama dengan Iman sangat menggembirakan saya. Saya bahkan banyak belajar daripadanya sebab beliau memang ‘hantu komik’ lebih daripada saya.

“Pengetahuannya tentang watak dalam komik jauh lebih baik daripada saya. Itu sahaja sudah cukup untuk memberitahu saya Iman memang tepat untuk tugas sebagai penulis komik.”

Siri komik terhad berkenaan menyelongkar situasi selepas kematian Kamala dalam The Amazing Spider-Man. Ia akan menyelongkar identiti watak ini sebagai yang tidak berperikemanusiaan dan selaku mutan.


Identiti mutan Kamala hanya didedahkan dalam bahagian akhir komik itu dan akan diteroka lagi dalam komik mendatang, X-Men: Hellfire Gala#1.


“Kami tidak menggali semula asal usulnya yang tidak berperikemanusiaan. Itu adalah sebahagian daripada identiti Kamala yang ingin sangat kami simpan serta dirahsiakan Marvel dan saya sendiri,” kata Iman.

“Komik tulisan kami benar-benar akan menggambarkan semua tema teras identiti yang telah diterokai oleh komik Ms. Marvel secara konsisten – cuma kini terdapat label baru yang perlu Kamala belajar untuk terima,” tambahnya.


Kerja seni bagi komik Ms. Marvel: The New Mutant ini akan dihasilkan pelukis Carlos Gomez dan Adam Gorham manakala kulit mukanya akan dilukis pelukis komik Ultimate Spider-Man, Sara Pichelli.


Komik bersiri itu juga akan memaparkan kostum baru Ms. Marvel yang dicipta Jamie McKelvie.

Iman dilahirkan di Karachi, Pakistan, tetapi telah berhijrah ke Canada.

Beliau menjalani sesi uji bakat untuk Ms. Marvel, adiwira Marvel beragama Islam yang pertama, selepas ibu saudaranya mengusulkan agar beliau mengirim rakamannya memperkenalkan diri kepada MCU.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >