Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bufet makanan Korea di Peppermint antara tawaran hidangan baru

Jun 6, 2025 | 1:35 PM
Parkroyal Collection, Peppermint, bufet, makanan Korea
Bufet bertema makanan Korea kembali ke restoran Peppermint di hotel Parkroyal Collection Marina Bay dari 6 Jun hingga 13 Julai. - Foto PARKROYAL COLLECTION

Bufet makanan Korea kembali di restoran Peppermint mulai 6 Jun

Bufet bertemakan masakan Korea, Seoul Good, kembali ke restoran Peppermint di hotel Parkroyal Collection Marina Bay bagi waktu terhad dari 6 Jun (makan malam) hingga 13 Julai (makan tengah hari).

Cef Leon Yee bersama pasukan kulinari beliau menampilkan hampir 40 hidangan Korea popular.

Antara hidangan yang menjadi tumpuan termasuk Soegogiyachaejuk (sup nasi dengan dada daging, atau brisket, wagyu dan rumpai laut), Korean Cheese Grilled Lobster (udang galah dibakar dengan keju) yang dihidangkan untuk makan malam, dan Pan-Seared Korean Abalone (eksklusif hanya pada hujung minggu).

‘Korean Cheese Grilled Lobster’ yang hanya dihidangkan pada waktu makan malam, merupakan antara sajian bufet makanan Korea di restoran Peppermint di hotel Parkroyal Collection Marina Bay.
‘Korean Cheese Grilled Lobster’ yang hanya dihidangkan pada waktu makan malam, merupakan antara sajian bufet makanan Korea di restoran Peppermint di hotel Parkroyal Collection Marina Bay. - Foto PARKROYAL COLLECTION

Harga bermula $72 (dewasa) dan $36 (kanak-kanak, enam hingga 12 tahun) untuk makan tengah hari pada hari biasa (Isnin hingga Khamis).

Sempena Hari Bapa, kaum bapa yang menjamu selera pada 15 Jun akan menerima sepotong kek 250 gram secara percuma, serta berpeluang memenangi penginapan satu malam di Urban Suite di hotel tersebut.

F&N Magnolia lancar susu perisa ‘earl grey’

F&N Magnolia melancarkan edisi terhad susu rendah lemak berperisa earl grey di pasaran Singapura.

Menampilkan rasa klasik teh hitam earl grey dengan haruman sitrus dan bergamot, minuman itu diinspirasikan daripada minuman kegemaran ramai – bubble tea.

Ia juga sesuai diolah mengikut cita rasa tersendiri – sama ada dinikmati sejuk, ditambah biji chia, bubble tea pearls, atau digandingkan dengan matcha (teh hijau).

F&N Magnolia Susu Berperisa Earl Grey Edisi Terhad boleh didapati dalam dua saiz – 946ml (harga cadangan $3.73), atau 475ml (harga cadangan $2.52).

Kini tersedia di pasar raya utama dan semua cawangan 7-Eleven di serata negara.

‘Prima Taste Laksa Wholegrain LaMian’ dinobat mi segera terbaik

Produk mi segera tempatan, Prima Taste Singapore Laksa Wholegrain LaMian, sekali lagi dinobatkan mi segera terbaik dunia oleh laman web, The Ramen Rater, bagi tahun ke-10 berturut-turut.

Kejayaan ini meletakkan Prima Taste sebagai jenama tempatan yang unggul di peringkat antarabangsa, mengatasi lebih 5,000 jenama dan perisa mi segera dari seluruh dunia.

Prima Taste Laksa Wholegrain LaMian menawarkan mi yang tidak digoreng dan kuah lemak bersantan yang kaya dengan rempah-ratus.

Ditubuhkan pada tahun 1998, Prima Taste berpegang pada misi untuk mengekalkan keaslian resipi warisan Singapura dan memperkenalkannya ke peringkat sejagat.

Antara hidangan ikonik yang telah dikomersialkan termasuk Laksa, Kari Kepala Ikan, Mi Udang dan Char Kway Teow.

Mi segera Prima Taste Singapore Laksa Wholegrain LaMian tersedia di pasar raya utama serata Singapura ($11.47 bagi empat paket).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg