Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Golden Bao, Kowboy SG antara gerai halal di GastroBeats 2025

Festival diadakan di kawasan Marina Bay hingga 22 Jun
Jun 6, 2025 | 11:02 AM
Halal food at Gastrobeats
GastroBeats muncul sekali lagi di Bayfront Event Space di Marina Bay khusus untuk peminat muzik dan makanan. - Foto GASTROBEATS

Pengunjung ke GastroBeats 2025 boleh mendapati beberapa pilihan makanan halal di acara yang berlangsung di Bayfront Event Space di Marina Bay hingga 22 Jun.

Dalam edisi kali ini, festival yang menarik peminat muzik dan makanan itu turut memaparkan dua perniagaan makanan halal, Kowboy SG dan Golden Bao, yang mengambil gerai buat julung-julung kalinya di acara itu.

Pengasas Kowboy SG, Encik Michael Lee (dua dari kanan) bersama kakitangannya.
Pengasas Kowboy SG, Encik Michael Lee (dua dari kanan) bersama kakitangannya. - Foto ihsan MICHAEL LEE
Gambar menu Kowboy SG untuk GastroBeats 2025
Gambar menu Kowboy SG untuk GastroBeats 2025 - Foto KOWBOY SG

Kowboy: Burger UFO

Kowboy, yang baru berusia lima bulan, tampil dengan konsep menarik Burger UFO yang menggunakan roti pita menggantikan roti burger tradisional, diisi dengan daging lembu wagyu bermutu tinggi. 

Menurut pemiliknya, Encik Michael Lee, yang juga pengasas Waku Waku dan King Of Wagyu, idea untuk burger unik itu tercetus selepas menonton video dari Korea.

Namun, beliau ingin memberikan pengalaman berbeza dalam dunia burger dengan memberi tumpuan kepada produk halal bermutu.

“Berbeza dengan burger biasa, kami menggunakan roti pita untuk memberikan rasa yang lebih sihat dan unik,” kata Encik Lee yang turut merancang variasi baru seperti pita bawang putih.

Burger Gastrobeef dijual secara eksklusif di GastroBeats 2025
Burger Gastrobeef dijual secara eksklusif di GastroBeats 2025 - Foto KOWBOY SG

Berhadapan dengan cabaran praktikal, seperti kekurangan bekalan elektrik dan persediaan gerai yang memerlukan tenaga kerja intensif, mereka berjaya menarik perhatian ramai dengan menu eksklusif seperti Gastrobeef Burger, yang hanya boleh didapati di GastroBeats ($13).

Encik Lee berkata semua perniagaannya bertujuan untuk memenuhi keperluan pasaran halal yang mencari produk daging bermutu tinggi.

Kowboy Burger akan turut hadir di Rumah Terbuka Goodman pada 28 Jun 2025, dan merancang untuk membuka cawangan baru di kawasan timur Singapura.

Nombor gerai: F06

Golden Bao: Roti Cina

Turut menyertai acara tersebut ialah Golden Bao, gerai yang diinspirasikan oleh makanan jalanan Cina, termasuk pau daging lembu buatan tangan.

Golden Bao dilancarkan secara rasmi pada Februari 2025, dan sejak itu, ia terus memperkenalkan keunikan di festival terpilih.

“Golden Bao mahu mencipta rasa eksklusif dan hanya muncul di acara makanan terpilih, bukan di pasar malam tradisional,” kata pengasas, Encik Rashid Rahim, yang mesra dikenali sebagai Achitosan.

Pasukan Golden Bao bersama pengasas, Encik Rashid Rahim (dua dari kiri).
Pasukan Golden Bao bersama pengasas, Encik Rashid Rahim (dua dari kiri). - Foto GOLDEN BAO
Persiapan hidangan utama Golden Bao.
Persiapan hidangan utama Golden Bao. - Foto oleh GOLDEN BAO

Dengan konsep masakan interaktif, pengunjung dapat melihat proses menghasilkan pau yang digulung, diisi, dan digoreng secara langsung.

Minyak cili buatan sendiri turut menjadi tarikan utama.

Golden Bao kini memberi tumpuan pada pembangunan jenama dan berharap dapat berkembang ke pasaran luar Singapura dalam waktu terdekat.

Mereka turut merancang melancarkan produk baru dan menyertai acara Twilight pada 2025.  

Nombor gerai: F02

GastroBeats 2025

Alamat: Bayfront Events Space, 12A Bayfront Avenue, Singapura 018970

Waktu Operasi: 4 petang hingga 11 malam. Masuk percuma.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg