Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bukan hanya fiesta lagu Latin tapi banyak kisah tersirat

Nov 25, 2023 | 05:30 AM



Bagaimana agaknya keadaan pada minggu suku akhir peraduan realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Ahad ini?


Dengar khabar, pentas ASGV di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal bertukar menjadi bak Fiesta Muzik Eksotik Amerika Latin!

Tak sabar nak tengok Jaclyn Victor yang harap-harap sudah pulih peti suaranya menyanyikan dua lagu eksotik, Conga (dendangan asal Gloria Estefan and Miami Sound Machine) dan The Ketchup Song (Las Ketchup).


Kemudian, nak juga saksikan kehebatan Tomok mendendangkan lagu Piala Dunia yang dipopularkan Ricky Martin, The Cup of Life. Nikki Palikat akan bawa lagu rancak mampu bikin menari Los Del Rio, Macarena.


Azharina Azhar pula pastinya ligat menyanyikan lagu La Bamba, yang menjadi siulan hasil kreativiti Los Lobos.


Tentunya ada beberapa penyanyi lain yang akan membawa lagu dendang rakyat Melayu mahupun lagu ikonik Bollywood.

Namun begitu, saya jangkakan peringkat suku akhir ini bertambah sengit kerana peserta diuji dengan keupayaan membawakan dua lagu – satu hasil pilihan mereka sendiri dan satu lagi pemberian ketua juri, Datuk Ramli MS, atas permintaan warganet.

Ini menyusuli usaha Ramli memberikan lagu luar zon selesa kepada penyanyi ASGV pada dua minggu sebelum ini.

Pemilihan lagu itu memaksa bintang yang terlibat untuk keluar daripada kebiasaan bahkan beberapa orang benar-benar menampakkan usaha gigih seperti Aliff Aziz yang menjuarai peraduan minggu tersebut dengan lagu Datuk M. Daud Kilau, Cek Mek Molek.


Sebenarnya, saya tertarik dengan lagu Amerika Latin yang bakal dipertaruhkan. Sebabnya, lagu dengan mood fiesta ini selalunya dijadikan irama keramaian, baik pada skala besar antarabangsa seperti perlawanan Piala Dunia, atau pada acara kecil-kecilan yang meriah seperti dalam televisyen.


Semua lagu Amerika Latin yang dipilih bagi suku akhir ASGV ini membawa impak buat sang penyanyi. Misalnya, Estefan berasakan Conga adalah lagu wajib yang mencetus idea bagi dirinya menghasilkan album penuh dalam bahasa Sepanyol, Mi Tierra, yang laris di pasaran.


Pada 1988, sekitar 119,000 orang menempatkan nama mereka dalam Buku Rekod Guinness bagi satu cabaran ber-conga keliling kawasan kejiranan. Ini sebelum era media sosial dan tularnya TikTok. Nampaknya belum apa-apa, dah ‘happening’!


The Ketchup Song, secara anehnya, merupakan lagu yang diinspirasikan daripada lagu 1979 yang dibawakan kumpulan Sugar Hill Gang, Rapper’s Delight.


Walaupun setakat lagu tentang lelaki bernama Diego yang prihatin tentang cara dan gaya pakaiannya, ia berjaya menjadi lagu hit antarabangsa yang diminta ramai agar diputar di corong radio pada ketika itu.

Pastinya ada cerita menarik di sebalik lagu La Bamba dan Macarena. Misalnya, Macarena mengisahkan tentang dua wanita yang berkongsi nama yang sama. La Bamba yang dipopularkan mendiang Ritchie Valens yang meninggal dunia dalam nahas pesawat membawa kisah pemuda bercita-cita tinggi yang memberitahu tunangnya dia bukan kelasi kapal sahaja tetapi berpangkat kapten kapal.


The Cup of Life yang merupakan terjemahan Inggeris pada lagu, Sepanyol, La Copa De La Vida, mempunyai kata-kata semangat dan penuh inspirasi. Maklumlah ia lagu tema Piala Dunia. Ia bak satu keramaian dunia bahkan berada di tangga pertama dalam carta muzik di 30 negara.


Menarik bukan cerita-cerita di sebalik lagu dansa eksotik Amerika Latin ni? Takkan kita setakat menyanyi dan menari ‘syok sendiri’ tanpa memahami.

Diharapkan akan ada peserta ASGV yang mengkaji dan menghadam kisah di sebalik lagu ini dan tidak setakat menyanyi ikut sedap rasa tanpa menyelami konteksnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >