Topik diikuti
Pergi ke BHkuBuku kanak-kanak bahasa Melayu baru untuk dinikmati
Misi Mencari Mari
Mali hilang! Ke mana kucing Hana sudah pergi? Hana susah hati sebab mereka baru berpindah. Hana dan kakaknya memulakan misi untuk mencari Mali. Sepanjang pencarian itu, Hana bertemu dengan orang-orang penting di kawasan kejiranan barunya. Dapatkah mereka membantu Hana mencari Mali? - Foto PUSTAKA NASIONAL
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 13, 2026 | 5:30 AM
Berikut senarai buku bahasa Melayu terbaru yang boleh didapati di kedai buku tempatan.
Kepada Hati: Inilah Saya
Buku ini mengajak kanak-kanak meneroka jati diri, emosi dan persekitaran mereka dengan penuh kelembutan serta harapan. Melalui rangkaian puisi ringkas yang berirama, pembaca cilik dibimbing memupuk kasih sayang terhadap diri sendiri, menghargai keluarga dan mencintai alam selain mempelajari teknik mengurus emosi seperti marah, sedih dan letih. - Foto LITTLE PEOPLE, BIG WORDS
Sayangku Rim
Rim membesar dalam dakapan kasih seorang datuk. Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama – 23 Disember, hari yang selalu dihiasi doa dan senyum sederhana. Rim pernah berangan, ingin menghadiahkan datuk sebuah hadiah istimewa. Namun Allah lebih menyayangi, datuk pergi sebelum impian kecil itu sempat terlaksana. Kini setiap helaian buku itu jadi pengganti pelukan, jadi jambatan rindu antara cucu dan datuk, kasih yang tidak pernah mati, hanya berpindah ke syurga abadi. - Foto ALAM CAHAYA
Ikut Saya
Sama seperti cermin, ‘Ikut Saya’ mengajak kamu untuk mencerminkan tindakan ahli keluarga kamu. Kemudian, lihat ke dalam cermin dan bacalah doa istimewa – bersyukur kepada Allah kerana menjadikan akhlak kamu secantik penampilan kamu. - Foto UNGU PEN
Ke Mana Rambut Ibu Hilang?
Saya sayang akan Ibu. Saya sangat menyukai rambutnya yang ikal mayang. Rambut Ibu lembut seperti kasih sayangnya. Namun, pada suatu hari, saya melihat ada yang berbeza. Rambut Ibu menghilang. - Foto PUSTAKA NASIONAL
Putera Katak yang Ketiaknya Berbau
Di sebuah negara indah permai, Putera Katak muncul di depan khalayak ramai. Apabila rakyat haiwan mula pengsan, sang Putera sangka kerana dia terlalu tampan. Alangkah terkejut Putera Katak, apabila sedar ini akibat bau ketiak. Putera Katak terus kecewa. Ketiak wangi, apakah caranya? Penasihat diraja sibuk memberi saranan, usaha Putera membawa kejutan! - Foto PUSTAKA NASIONAL
Pepuyu
Pepuyu seekor ikan puyu. Ikan ini boleh berjalan di atas lumpur. Ikan puyu juga boleh tidur lama di dalam tanah sepanjang musim kemarau. Ikutilah perjalanan hidup Pepuyu sang ikan puyu yang hebat! - Foto PUSTAKA NASIONAL
Hentian Bas Suria
Kino sedang berjalan ke sekolah apabila hujan turun dengan lebat sekali. Dia berteduh di perhentian bas. Bukan Kino sahaja rupa-rupanya. Satu persatu kawan-kawannya datang. Apakah yang terjadi apabila semakin ramai yang ingin berteduh di tempat yang sama? - Foto PUSTAKA NASIONAL
Laporan berkaitan
Ibu sediakan perpustakaan di rumah agar anak suka membacaAug 6, 2026 | 5:30 AM
Panduan pilih buku sesuai umur, keupayaan anakAug 6, 2026 | 5:30 AM
