Senarai bahan bacaan yang dikongsi pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) bagi minggu terakhir Oktober ini sangat istimewa.

Sebanyak 13 bahan bacaan ini dipilih bagi meraikan semangat Hari Kanak-Kanak yang disambut pada awal bulan.

Kisah-kisah dalam senarai ini mencerminkan, dan pada masa sama meraikan, sifat semula jadi kanak-kanak yang tabah menghadapi cabaran, ingin tahu, kreatif, berimaginasi, berempati dan gemar meneroka pengembaraan baharu.

Buku boleh dipinjam dari perpustakaan awam.

Budak yang Ingin Mempunyai Misai
Nombor Panggilan: J SING KOH

e-Buku: https://nlb.overdrive.com/media/9236277

Louis tidak sabar menjadi orang dewasa. Dia bercadang untuk menampal misai di mukanya. Kini dia kelihatan sama seperti Papa, Sarjan Raju dan Pak Cik Wang. Cuma terdapat satu masalah… misai itu tidak dapat ditanggalkan!
Budak yang Ingin Mempunyai Misai Nombor Panggilan: J SING KOH e-Buku: https://nlb.overdrive.com/media/9236277 Louis tidak sabar menjadi orang dewasa. Dia bercadang untuk menampal misai di mukanya. Kini dia kelihatan sama seperti Papa, Sarjan Raju dan Pak Cik Wang. Cuma terdapat satu masalah… misai itu tidak dapat ditanggalkan! - Foto NLB
Rambut Panjang Alisya
Nombor Panggilan: J P DEW

Alisya ingin rambutnya seperti Ibu. Dia pun menggunting rambutnya sendiri. Selepas melihat gaya rambutnya yang baharu, Alisya menyesal. Dia mahu rambutnya panjang semula. Apakah yang harus Alisya lakukan?
Rambut Panjang Alisya Nombor Panggilan: J P DEW Alisya ingin rambutnya seperti Ibu. Dia pun menggunting rambutnya sendiri. Selepas melihat gaya rambutnya yang baharu, Alisya menyesal. Dia mahu rambutnya panjang semula. Apakah yang harus Alisya lakukan? - Foto NLB
Fikri Menaiki Bas!
Nombor Panggilan: J SING FAR

Fikri menaiki bas dengan ibunya. Sepanjang perjalanan, pelbagai haiwan yang dilihatnya, seperti gajah dan burung merak. Apa lagi agaknya yang dilihat Fikri?
Fikri Menaiki Bas! Nombor Panggilan: J SING FAR Fikri menaiki bas dengan ibunya. Sepanjang perjalanan, pelbagai haiwan yang dilihatnya, seperti gajah dan burung merak. Apa lagi agaknya yang dilihat Fikri? - Foto NLB
Budak Karung Guni
Nombor Panggilan: J SING TAN

Ming gemar mencipta barangan. Namun, dia tidak mempunyai wang untuk menghasilkan rekaannya. Pada satu hari, bunyi hon lelaki Karung Guni ‘bip, bip, bip’ memberinya ilham untuk mencipta sesuatu menggunakan barang-barang yang terkumpul.
Budak Karung Guni Nombor Panggilan: J SING TAN Ming gemar mencipta barangan. Namun, dia tidak mempunyai wang untuk menghasilkan rekaannya. Pada satu hari, bunyi hon lelaki Karung Guni ‘bip, bip, bip’ memberinya ilham untuk mencipta sesuatu menggunakan barang-barang yang terkumpul. - Foto NLB
Mila Bermain Air
Nombor Panggilan: J P MAS

Disebabkan hujan yang amat lebat, Mila terpaksa duduk di dalam rumah. Namun, dengan sedikit imaginasi, hari yang bosan berubah menjadi suatu pengembaraan besar buat Mila.
Mila Bermain Air Nombor Panggilan: J P MAS Disebabkan hujan yang amat lebat, Mila terpaksa duduk di dalam rumah. Namun, dengan sedikit imaginasi, hari yang bosan berubah menjadi suatu pengembaraan besar buat Mila. - Foto NLB
Tina Pahlawan Buih Sabun
Nombor Panggilan: J P MEI
 
Tina sangat gembira bermain dengan kawan-kawan. Tetapi, lumpur serta segala kotoran melekat pada badan Tina! Dapatkah Tina menghilangkan semua kotoran?
Tina Pahlawan Buih Sabun Nombor Panggilan: J P MEI Tina sangat gembira bermain dengan kawan-kawan. Tetapi, lumpur serta segala kotoran melekat pada badan Tina! Dapatkah Tina menghilangkan semua kotoran? - Foto NLB
Meja Makan Adil
Nombor Panggilan: J SING RIL

Apakah yang akan terjadi apabila meja makan Adil diangkut oleh Apek karung guni? Dapatkah Adil menjadi hero bola sepak? Memandu kenderaan ke dalam garaj? Atau menjadi doktor untuk Tedi? Ikuti kisah lucu Adil ini!
Meja Makan Adil Nombor Panggilan: J SING RIL Apakah yang akan terjadi apabila meja makan Adil diangkut oleh Apek karung guni? Dapatkah Adil menjadi hero bola sepak? Memandu kenderaan ke dalam garaj? Atau menjadi doktor untuk Tedi? Ikuti kisah lucu Adil ini! - Foto NLB
Sebotol Hati
Nombor Panggilan: J P EMI

Amy menemui beberapa kepingan hati dalam sebuah botol. Salah satu daripada kepingan tersebut kelihatan patah, lalu diperbaikinya. Beliau mengembalikan bakinya kepada pemilik masing-masing. Namun, Amy tidak dapat mencari pemilik hati yang patah itu. Buku kecil ini mengingatkan kita bahawa akan sentiasa ada ruang dalam hati kita untuk kasih sayang dan persahabatan.
Sebotol Hati Nombor Panggilan: J P EMI Amy menemui beberapa kepingan hati dalam sebuah botol. Salah satu daripada kepingan tersebut kelihatan patah, lalu diperbaikinya. Beliau mengembalikan bakinya kepada pemilik masing-masing. Namun, Amy tidak dapat mencari pemilik hati yang patah itu. Buku kecil ini mengingatkan kita bahawa akan sentiasa ada ruang dalam hati kita untuk kasih sayang dan persahabatan. - Foto NLB
Bidin Bikin Aiskrim Sambal
Nombor Panggilan: J SING FAR

Sewaktu bersama ibunya di Pasar Geylang, Bidin merasai sambal belacan buat kali pertama. Rasa pedas yang membakar lidahnya tidak membuat Bidin mudah mengalah, malah dia cuba mencampurkan sambal belacan dengan aiskrim vanila untuk mencipta perisa baharu.
Bidin Bikin Aiskrim Sambal Nombor Panggilan: J SING FAR Sewaktu bersama ibunya di Pasar Geylang, Bidin merasai sambal belacan buat kali pertama. Rasa pedas yang membakar lidahnya tidak membuat Bidin mudah mengalah, malah dia cuba mencampurkan sambal belacan dengan aiskrim vanila untuk mencipta perisa baharu. - Foto NLB
Nuha Patah Tangan
Nombor Panggilan: J SING SUL
 
Akibat terjatuh dari palang gayut di taman permainan, tangan Nuha patah. Dengan bantuan keluarga yang penyayang dan seorang doktor yang penyabar, Nuha memulakan perjalanan pemulihan. Sepanjang pemulihan itu, dia menyedari tangan yang patah tidak bermakna semangatnya turut patah.
Nuha Patah Tangan Nombor Panggilan: J SING SUL Akibat terjatuh dari palang gayut di taman permainan, tangan Nuha patah. Dengan bantuan keluarga yang penyayang dan seorang doktor yang penyabar, Nuha memulakan perjalanan pemulihan. Sepanjang pemulihan itu, dia menyedari tangan yang patah tidak bermakna semangatnya turut patah. - Foto NLB
Jarik Adik
Nombor Panggilan: J P SUP

Semua orang sedang sibuk mempersiapkan kelahiran adik. Mbah meminta Slamet menjaga jarik yang disiapkan untuk adiknya. Slamet bosan. Dia mula bermain dengan jarik-jarik itu, lalu… oh, tidak! Jarik itu koyak. Apakah yang harus Slamet lakukan?
Jarik Adik Nombor Panggilan: J P SUP Semua orang sedang sibuk mempersiapkan kelahiran adik. Mbah meminta Slamet menjaga jarik yang disiapkan untuk adiknya. Slamet bosan. Dia mula bermain dengan jarik-jarik itu, lalu… oh, tidak! Jarik itu koyak. Apakah yang harus Slamet lakukan? - Foto NLB
Naira dan Senduk Ibu
Nombor Panggilan: J SING RHA

Naira ternampak senduk ibunya. Apakah agaknya yang Naira hendak buat dengan senduk ibunya? Mari ikuti kisah Naira dan senduk ibunya di dalam buku bergambar ini yang menggalakkan pembaca cilik untuk menggunakan imaginasi dan kreativiti.
Naira dan Senduk Ibu Nombor Panggilan: J SING RHA Naira ternampak senduk ibunya. Apakah agaknya yang Naira hendak buat dengan senduk ibunya? Mari ikuti kisah Naira dan senduk ibunya di dalam buku bergambar ini yang menggalakkan pembaca cilik untuk menggunakan imaginasi dan kreativiti. - Foto NLB
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan