Berikut adalah saranan bahan bacaan oleh pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Buku boleh dipinjam daripada perpustakaan awam.

Bidin Bikin Baju Kipas

Buku tulisan Farihan Bahron ini menampilkan Bidin yang teruja menyambut Hari Raya, berbaju Melayu baru, tetapi rasa panas dan gatal mengganggu keselesaannya. Dengan kreativiti, Bidin mencari cara untuk kekal selesa sambil tetap bergaya.

Nombor Panggilan: J SING FAR
Bidin Bikin Baju Kipas Buku tulisan Farihan Bahron ini menampilkan Bidin yang teruja menyambut Hari Raya, berbaju Melayu baru, tetapi rasa panas dan gatal mengganggu keselesaannya. Dengan kreativiti, Bidin mencari cara untuk kekal selesa sambil tetap bergaya. Nombor Panggilan: J SING FAR - Foto NLB
Enaknya Lemang Ini

Penulis Najidah Mohamed mengisahkan Hari Raya di mana penduduk kampung bergotong-royong menyediakan lemang untuk majlis rumah terbuka Aidilfitri. Kisah ini menonjolkan semangat kerjasama dan keindahan tradisi dalam menyambut perayaan bersama.

Nombor Panggilan: J P NAJ
Enaknya Lemang Ini Penulis Najidah Mohamed mengisahkan Hari Raya di mana penduduk kampung bergotong-royong menyediakan lemang untuk majlis rumah terbuka Aidilfitri. Kisah ini menonjolkan semangat kerjasama dan keindahan tradisi dalam menyambut perayaan bersama. Nombor Panggilan: J P NAJ - Foto NLB