[ο] Nombor Panggilan: J P UMM
[ο] Humbie sangat suka bermain permainan video. Namun, dia bermain permainan video dalam masa yang sangat lama, sehinggakan perkara yang lebih penting tidak dihiraukannya. Apakah yang akan berlaku jika Humbie bermain permainan video terlalu lama?
[ο] Nombor Panggilan: J KIL
[ο] Kanak-kanak yang menginjak usia remaja perlu menyesuaikan diri dengan dunia baru yang berbeza. Hal ini memberikan kesan yang ketara terhadap perkembangan mereka. Watak-watak dalam siri ini berhadapan dengan situasi yang biasa dihadapi oleh remaja seperti persahabatan, ketagihan permainan video dan keselamatan dalam talian. Mereka perlu membuat pertimbangan yang wajar dan keputusan yang betul dengan bantuan orang dewasa.
[ο] Nombor Panggilan: J 004.6 KIM
[ο] Satu hari, teknologi maklumat dan komunikasi di sekeliling Rayyan tiba-tiba mengalami kerosakan. Semasa mengikuti lawatan sekolah, Rayyan teruja dan mempelajari sesuatu yang baru tentang teknologi maklumat dan komunikasi masa hadapan. Mari kita belajar dan mendapatkan inspirasi bersama Rayyan dan Steve Jobs mengenai teknologi maklumat dan komunikasi.
[ο] Nombor Panggilan: J 004 SIT
[ο] Buku ini menggunakan pendekatan gamifikasi untuk membantu pembaca menambah pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Menariknya, buku ini turut dilengkapi fakta berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi serta dimuatkan dengan gambar rajah dan infografik menarik dan mudah difahami. Pembaca boleh meneroka pengalaman menjelajah teknologi asas komputer. Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa juga boleh turut serta menimba pengalaman berkaitan teknologi asas komputer.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg