Topik diikuti
Pergi ke BHkuButik Prada di Paragon tampil lebih luas, eksklusif setelah ubah suai
Butik Prada di Paragon tampil lebih luas, eksklusif setelah ubah suai
Jika anda kerap membeli-belah di Orchard Road, berkemungkinan besar anda pernah melewati butik Prada di Paragon.
Dibuka pada 1999, butik itu telah menjalani ubah suai besar-besaran sehingga ruangnya kini mempunyai dua tingkat dan seluas 1,200 meter persegi.
Butik yang berwajah baharu itu kini menyediakan ruang khusus untuk koleksi wanita dan lelaki Prada, merangkumi pakaian siap pakai, barangan kulit, kasut dan aksesori, di samping koleksi barang kemas mewah jenama itu.
Bahagian dalaman butik turut mengalami perubahan besar.
Tingkat bawah mengekalkan reka bentuk Prada yang biasa dikenali dengan lantai marmar bercorak papan catur hitam-putih ciri khas jenama itu, yang diinspirasikan daripada butik asalnya di Galleria Vittorio Emanuele II, Milan, Italy.
Sementara itu, dinding hijau pucat dan batang logam hitam pula menambah sentuhan khas ala Prada yang sukar dikelirukan dengan jenama lain.
Salah satu penambahan yang lebih menonjol ialah empat bilik peribadi yang baru diperkenalkan.
Bilik-bilik itu direka khas untuk pengalaman membeli-belah yang lebih peribadi, dengan ruang khusus untuk meneroka barangan eksklusif, termasuk koleksi barang kemas mewah Prada.
Ia turut dilengkapi pemandangan panorama keseluruhan butik.
Pembukaan semula itu turut disambut dengan majlis yang dihadiri ramai selebriti pada 27 Ogos, dengan lebih 300 tetamu hadir untuk melihat sendiri ruang baharu itu.
Duta jenama Prada dan ahli kumpulan Aespa, Karina, turut hadir, bersama pelakon Korea Hwang In-Youp, manakala Tatjana Saphira, Raisa Andriana dan Meerqeen pula menyerikan lagi acara dengan kehadiran mereka sebagai bintang serantau.
Butik Prada yang berwajah baharu itu terletak di 290 Orchard Road, Paragon #01-44/45/46/47 dan #02-48/49.
Selepas selesai meneroka kedua-dua tingkat, anda boleh singgah ke Kafe Prada di Ion Orchard yang terletak berhampiran untuk menjamu selera.
