Cadangan buah tangan, sajian manis sempena Lebaran
Menjelang Aidilfitri, aneka manisan dan set hadiah ditawarkan, sesuai dikongsi bersama keluarga dan rakan tersayang.
Selain menikmati juadah di restoran, ramai juga memilih untuk membawa pulang atau menghadiahkan sajian istimewa bagi memeriahkan kunjungan rumah terbuka.
Mdm Ling Bakery
Antara jenama pilihan istimewa ialah Mdm Ling Bakery, yang memperkenalkan pelbagai jenis biskut halal sesuai dijadikan buah tangan Hari Raya.
Plihan kuih mereka menampilkan sekitar 20 jenis biskut dan snek.
Antara pilihan yang popular termasuk Premium Pineapple Balls, Almond Cookies, Green Pea Cookies dan Premium Anchor Butter Cookies dari New Zealand.
Selain itu, terdapat juga variasi kreatif yang semakin mendapat perhatian pelanggan seperti Salted Caramel Almond Cookies, Kopi Siew Dai Cookies, Red Velvet Biscoff Cookies dan Molten Chocolate Cookies. Harga biskut bermula daripada $11.80 hingga $29.80.
TWG Tea
Selain biskut tradisional, minuman juga merupakan unsur penting dalam meraikan suasana perayaan.
Jenama teh mewah, TWG Tea, turut memperkenalkan pilihan teh istimewa sempena Ramadan dan Hari Raya, termasuk Moroccan Sahara Tea ($48), campuran teh hijau dan teh hitam dengan aroma pudina Maghribi.
Teh itu diinspirasikan daripada budaya mesra masyarakat Maghribi yang terkenal dengan tradisi menyajikan teh pudina kepada tetamu sebagai lambang keramahan.
Ia sesuai dihidangkan ketika berbuka puasa atau semasa menerima tetamu di rumah.
Antara set hadiah lain termasuk Highland Tea ($89) yang menggabungkan dua pilihan teh, iaitu Singapore Breakfast Tea dan Moroccan Mint Tea dalam tin koleksi khas.
Set lain termasuk Around the Globe Tea Selection, yang menampilkan pelbagai teh premium dari seluruh dunia, dibungkus dalam kotak hadiah sesuai untuk keluarga, rakan atau rakan sekerja.
Cat & The Fiddle
Dalam pada itu, jenama pencuci mulut tempatan, Cat & the Fiddle, turut memperkenalkan hidangan bermusim yang sesuai dinikmati sepanjang Ramadan dan sambutan Raya.
Antara yang ditawarkan ialah Basque Cheesecake dalam beberapa perisa baru seperti Kurma Date Basque Cheesecake ($21.90), serta pilihan Matcha Basque Cheesecake yang dipadankan dengan coklat Valrhona ($24.90).
Bagi mereka yang sibuk sepanjang Ramadan, Cat & the Fiddle juga menawarkan Ramadan Grab & Go bundles yang boleh didapati setiap hari mulai 6 petang di cawangan terpilih.
Set itu menggabungkan Basque Cheesecake bersama sandwic Itali schiacciata yang berharga antara $28 dengan $30.
Menjelang Hari Raya, jenama itu turut memperkenalkan pelbagai tart nanas perayaan termasuk perisa Original, Pandan Gula Melaka dan pilihan campuran ($36.80), sesuai dijadikan hidangan rumah terbuka atau sebagai buah tangan.

