Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cakra Khan gagal ke separuh akhir ‘America’s Got Talent’

Aug 23, 2023 | 12:50 PM
TIDAK PUTUS ASA: Cakra Khan tidak kecewa ketika memaklumkan gagal ke peringkat separuh akhir program pencarian bakat America’s Got Talent melalui Twitter.
TIDAK PUTUS ASA: Cakra Khan tidak kecewa ketika memaklumkan gagal ke peringkat separuh akhir program pencarian bakat America’s Got Talent melalui Twitter. - Foto AGT
PERSEMBAHAN MENYENTUH KALBU: Putri Ariani akan terus menunjukkan persembahan luar biasa di pentas America’s Got Talent.
PERSEMBAHAN MENYENTUH KALBU: Putri Ariani akan terus menunjukkan persembahan luar biasa di pentas America’s Got Talent. - Foto AGT

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan, 31 tahun, akur apabila gagal layak ke separuh akhir program pencarian bakat, America’s Got Talent (AGT) 2023.

Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman memaklumkan perkembangan terbaru statusnya dalam program realiti itu melalui Twitter.

“Lihat di Instagram AGT, nampaknya nama saya tidak masuk dalam senarai. Maaf ya,” tulisnya.

Penyanyi lagu Kekasih Bayangan itu bagaimanapun tidak patah semangat dan bersyukur sempat berasai pengalaman berada atas pentas program berprestij dunia itu.

Cakra juga memohon sokongan ramai terhadap rakan penyanyi senegaranya, Putri Ariani yang masih berjuang dalam program itu.

“Mungkin saya harus melakukan lebih banyak latihan. Teruskan mara ke hadapan. Sekarang sama-sama kita beri sokongan kepada Putri Ariani,” katanya.

Putri Ariani tersenarai sebagai peserta yang wajib mara ke peringkat selanjutnya selepas diberikan tekanan butang ‘Golden Buzzer’ oleh juri terkenal, Simon Cowell. Pusingan seterusnya program itu bakal dilangsungkan dalam masa terdekat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg