Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Carta Dasyat Giler' beri semangat bakat S'pura

Oct 23, 2020 | 05:30 AM



SEMANGAT ingin melihat bakat muzik Singapura maju dan terus berkarya dalam suasana pandemik membuatkan tiga sekawan, Olly Ismail, Sham Wahab dan Norwati Jalal mengenalkan program dalam talian, Carta Dasyat Giler.



Sebelum ini, Olly yang mengasaskan kolektif muzik Voz Management serta Sham dan Norwati yang memiliki bersama syarikat pembekal kelengkapan audio CMX International, pernah bekerjasama dalam mengendalikan beberapa acara buat artis tempatan.



Kali ini, Carta Dasyat Giler yang disiarkan secara langsung pada 9 malam setiap Jumaat di laman Facebook Dasyat Giler menjadi wadah bagi bakat baru mahupun lama mengetengahkan 'single' terkini mereka.



Kesemua bakat dalam rancangan ini juga berkesempatan menyanyi secara langsung dengan iringan muzik band tempatan, sesuatu yang sesetengah daripada mereka tidak pernah lalui. Ia persis klip video muzik mereka seandainya ada yang belum sempat menghasilkan video muzik sendiri.



Sejauh ini, lebih 60 bakat tempatan, baik yang bergerak di bawah kolektif muzik tertentu mahupun secara bebas telah melahirkan kesediaan menyertai rancangan ini.



Rancangan yang masuk siaran minggu keempat malam ini menggunakan aplikasi undian Polltab bagi menentukan kedudukan penyanyi di tangga pertama hingga 20.



Lebih 4,500 undian diterima setiap minggu dengan pengundi boleh memilih satu lagu kegemaran setiap kali mengundi.



Ketika dihubungi, Olly, pemuzik dan pencipta lagu setempat yang aktif dalam persada seni Singapura, berkata:



"Sebenarnya, kami tidak melihat Carta Dasyat Giler sebagai satu medan persaingan antara bakat setempat. Di radio ada Carta Singa Maksima buat lagu-lagu popular yang diputarkan di stesen Ria 897.



"Carta kami pula buat semua yang telah bersusah-payah menghasilkan lagu sendiri bagi wadah digital. Kami ingin melihat peminat artis-artis ini tampil memberi sokongan buat penyanyi kegemaran mereka.



"Ia juga program yang mendedahkan ramai pada kebolehan bakat Singapura yang tidak kesemuanya berkesempatan menembusi siaran radio, menyertai rancangan televisyen atau membuat persembahan di acara awam.



"Kami wujudkan wadah ini bagi artis baru atau lama buat promosi lagu terbaru mereka juga agar dapat mendekati pengamat muzik di luar sana. Dua artis diundang setiap minggu bagi berkongsi kisah perjalanan seni mereka."



Menurutnya lagi, undian dibuka selama seminggu (selepas program dalam talian tamat hingga sebelum program baru dimulakan) dan diperbaharui kaunter undiannya.



"Kami sebagai penganjur sendiri tidak tahu keputusannya. Ia hanya diketahui setiap Jumaat, 9 malam.



"Hingga ke hari ini, kami masih lagi terbuka menerima pencalonan baru. Mana-mana bakat setempat yang ingin ketengahkan lagu mereka boleh hubungi kami.



"Tidak seperti salah anggapan sesetengah pihak bahawa rancangan ini hanya dibuka buat label atau kolektif muzik tertentu, ia sebenarnya carta buat semua, asal sahaja lagu itu memenuhi beberapa kriteria.



"Ia mestilah lagu yang berdaftar dengan Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass) serta ada di wadah digital.



"Ia juga carta yang berpandukan populariti atau sokongan bagi seseorang bakat atau band. Ia bukan penentu sesebuah lagu itu adalah yang terbaik.



"Kami terbuka menerima maklum balas penonton atau pemuzik dalam menjadikan Carta Dasyat Giler, wadah mempertingkat kesenian bakat tempatan," tambah Olly.



Menurutnya lagi, mereka masih belajar bagaimana memperbaiki mutu persembahan dan bunyian rancangan dalam talian ini.



"Kami memang ada niat mengadakan Anugerah Dasyat Giler yang berkait pada carta ini. Kami hanya menanti pandemik Covid-19 reda bagi memikirkan langkah selanjutnya," ujar Olly.



Buat beberapa minggu berturut-turut, penyanyi Amy Hakimii berada di tangga pertama carta dengan lagu Inspirasi Rinduku ciptaan Malon.



Katanya:



"Ini adalah satu pencapaian yang saya syukuri. Sokongan yang diberi pengamat muzik di Singapura dan Malaysia terhadap lagu saya ini akan saya kenang sampai bila-bila.



"Saya juga ingin pertingkatkan diri saya dan terbuka pada sebarang maklum balas."



Penonton setia rancangan ini, Cik Zai Wahid, menambah:



"Bakat Singapura kian bertambah. Ada yang tidak saya kenali. Melalui rancangan ini, saya lebih mengenali siapa mereka dan kisah di sebalik kerja seni yang dihasilkan.



"Syabas buat Olly, Sham dan Norwati kerana mengusahakan rancangan yang membakar semangat bakat Singapura agar terus berkarya dan berkongsi tentang siapa diri mereka dan perjalanan seni mereka."




“Tidak seperti salah anggapan sesetengah pihak bahawa rancangan ini hanya dibuka buat label atau kolektif muzik tertentu, ia sebenarnya carta buat semua, asal sahaja lagu itu memenuhi beberapa kriteria. Ia mestilah lagu yang berdaftar dengan Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass) serta ada di wadah digital. Ia juga carta yang berpandukan populariti atau sokongan bagi seseorang bakat atau band. Ia bukan penentu sesebuah lagu itu adalah yang terbaik. Kami terbuka menerima maklum balas penonton atau pemuzik dalam menjadikan Carta Dasyat Giler, wadah mempertingkat kesenian bakat tempatan.”
– Pemuzik dan penggubah lagu Olly Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >