Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea pecat Potter hanya tujuh bulan selepas jadi pengurus

Apr 03, 2023 | 11:01 AM



LONDON: Jurulatih Chelsea, Graham Potter, telah dipecat daripada jawatannya pada Ahad – hanya tujuh bulan selepas menggalas tanggungjawab tersebut.



Pasukan yang juga dikenali sebagai The Blues jatuh ke tangga ke-11 dalam Liga Perdana England (EPL) selepas kekalahan 2-0 di padang sendiri kepada Aston Villa pada Sabtu, meskipun selepas membelanjakan lebih £500 juta (S$820.76 juta) untuk mendapatkan para pemain baru musim ini.



Bekas pemain pertahanan Brighton, Bruno Saltor, diletakkan selaku ketua jurulatih sementara.



Chelsea hanya memenangi tiga perlawanan dalam 11 penampilan mereka yang lalu tapi telah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara di mana mereka akan berdepan dengan juara musim lalu, Real Madrid.



Perlawawanan tersebut mungkin menjadi faktor penentu bagi pemilik baru Chelsea untuk membuat keputusan memecat Potter.



Perlawanan pertama dengan Real Madrid akan berlangsung kurang 10 hari dari sekarang.



“Kami mempunyai tahap hormat yang tinggi ke atas Graham sebagai seorang jurulatih dan sebagai insan biasa.



“Beliau sentiasa bersikap secara profesional dan berwibawa dan kami kecewa dengan keputusan yang diambil ini,” kata pemilik bersama Todd Boehly dan Behdad Eghbali dalam satu kenyataan.



“Kami mempunyai baki 10 perlawanan EPL  dan satu perlawanan suku akhir menjelang.



“Kami akan usahakan sedaya upaya serta memberi komitmen kepada setiap satu perlawanan tersebut agar kami dapat mengakhiri musim ini dengan berjaya.”



Kemungkinan untuk Chelsea mendapat laluan ke Piala Eropah dan kemudian ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang sukar dicapai memandangkan kini mereka 12 mata di belakang empat pasukan teratas dalam EPL.



Potter merupakan pengurus kedua yang dipecat oleh konsortium pimpinan pemilik bersama pasukan LA Dodgers, Boehly, serta firma ekuiti privet, Clearlake Capital, dalam musim pertama pengurusan mereka.



Thomas Tuchel, yang dilantik selaku pengurus Bayern Munich, minggu lalu, turut dipecat pada September, hanya lebih setahun selepas memimpin Chelsea menjulang Liga Juara-Juara.



Chelsea dilaporkan membayar £21.5 juta dalam bentuk pampasan kepada Brighton untuk melantik Potter.



Namun nilai angka itu dianggap tidak setanding  dengan nasib yang dialami kelab tersebut apatah lagi selepas ia membelanjakan ke atas para pemain baru sepanjang 12 bulan lalu – dengan hasilnya begitu kecil.



Pemain Argentina, Enzo Fernandez dibeli dengan harga rekod £106 juta pada Januari, sementara jumlah yang banyak juga dibelanjakan bagi mendapatkan khidmat para pemain seperti Mykhailo Mudryk, Wesley Fofana, Marc Cucurella dan Raheem Sterling.



Namun Potter bertarung untuk mencapai keputusan yang diiginkan sedang beliau berusaha mengimbangi antara formasi dengan pencapaian peribadi tanpa kejayaan.



Potter, 47 tahun memenangi hanya 12 daripada 31 perlawanan semasa memimpin Chelsea dan diejek para peminat pasukan itu selepas kekalahan kepada Aston Villa pada Sabtu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >