Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chopstix & Rice perkenal bufet ‘ala carte’ nasi Padang

Hidangan boleh dinikmati hingga 31 Ogos di restoran yang terletak di Suntec City
Jul 4, 2025 | 12:23 PM
chopstix & rice, bufet ala carte
Chopstix & Rice kini memperkenalkan bufet makan malam ‘ala carte’ dengan hidangan seperti Sayur Lodeh, Sambal Tempe, Udang Sambal, Asam Pedas Ikan Pari, Ayam Goreng Belado, Ayam Kari, Ayam Masak Merah dan Rendang. - Foto CHOPSTIX & RICE

Pelanggan boleh menikmati hidangan Nusantara di restoran, Chopstix & Rice, yang kini memperkenalkan bufet makan malam ala carte pertama mereka, di Suntec City, hingga 31 Ogos.

Bufet bertema, Taste of Padang, itu mengetengahkan lebih 25 hidangan daripada masakan Padang semuanya disaji dalam gaya makan ‘all-you-can-eat’ ala carte (tidak dihidangkan seperti bufet tetapi pelanggan perlu memesan seberapa banyak yang dimahu) yang sesuai untuk seisi keluarga.

Dengan harga bermula $28.72, pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis sayuran, telur, makanan laut, ayam, daging dan pencuci mulut, termasuk minuman percuma seperti bandung dan calamansi.

Antara pilihan menarik termasuk Sayur Lodeh, Sambal Tempe, Sambal Udang, Asam Pedas Ikan Pari, serta hidangan ayam seperti Ayam Goreng Belado, Ayam Kari, Ayam Masak Merah.

Rendang daging yang empuk dan kaya rempah turut menjadi tarikan utama.

Menurut Pengarah Eksekutif Penang Culture Group, Encik Shawn Lim, idea bufet itu lahir daripada trend pelanggan makan tengah hari yang lebih gemar kepada format nasi Padang berbanding pengalaman restoran penuh.

“Bufet ini menggabungkan kepelbagaian nasi Padang dengan format ala carte yang lebih mudah dan fleksibel.

“Ia juga membolehkan kami menguji hidangan mana yang paling digemari pelanggan semasa makan malam,” jelas beliau.

Menu akan kekal sepanjang tempoh promosi selama sebulan, dan mungkin dilanjutkan berdasarkan maklum balas pelanggan.

“Antara yang paling popular setakat ini ialah Rendang Daging, Ayam Goreng Belado, Udang Sambal dan Bergedel, semuanya menawarkan rasa asli dan membangkitkan nostalgia,” tambahnya.

Alamat: 3 Temasek Boulevard, B1-100 / 101, Singapura 038983

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, 11 pagi hingga 4 petang, 5 petang hingga 9.30 malam.

Sabtu dan Ahad 11 pagi hingga 9.30 malam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg