Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengguna Berdaftar
Cipta pengalaman baru bagi pencinta Wagyu
Lonjakan populariti ‘yakiniku’ (daging barbeku cara Jepun) dalam pasaran halal didorong oleh pengalaman menjamu selera yang inklusif. Trend kulinari ini merapatkan jurang budaya, menyediakan cara unik dan menyeronokkan bagi semua lapisan masyarakat. Permintaan makanan halal yang semakin meningkat membolehkan hidangan ‘yakiniku’ sebagai pilihan yang digemari, meningkatkan penghargaan antara budaya dan kepuasan pengalaman gastronomi dari segi sajian halal. BERTIA HARIAN minggu ini meninjau beberapa tempat yang menyajikan hidangan ‘yakiniku’ di Singapura.
Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Jan 20, 2024 | 5:30 AM
Cipta pengalaman baru bagi pencinta Wagyu
Peminat daging Wagyu Jepun kini boleh bersorak gembira dengan adanya pengalaman menikmati dan membeli daging Wagyu halal di bawah satu bumbung, yang pertama di Singapura.
Terletak di 27 Bali Lane, Wakuwaku Yakiniku dan King of Wagyu (Kow) telah bergabung tenaga untuk meningkatkan pengalaman makanan halal untuk masyarakat di Singapura.
Pelanggan kini boleh mengunjungi restoran Wakuwaku dan membuat pilihan mereka daripada ‘kebun’ WaKow, peti ais yang menawarkan pelbagai potongan dan jenis daging Wagyu premium segar dari Jepun.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan
‘Yakiniku’ halal pertama di kedai kopiJan 19, 2024 | 12:47 PM
Nikmati ‘yakiniku’ dari keselesaan rumahJan 19, 2024 | 12:35 PM
