Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Datuk Anwar hulur sumbangan kepada penyanyi Ibnor Riza, pelakon Fauziah Samad

Nov 3, 2023 | 9:19 AM
DAPAT BANTUAN: Ibnor Riza (kanan) menerima sumbangan pemberian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Encik Ahmad Farhan Fauzi.
DAPAT BANTUAN: Ibnor Riza (kanan) menerima sumbangan pemberian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Encik Ahmad Farhan Fauzi. - Foto IG ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghulurkan sumbangan kepada dua artis veteran Malaysia yang kini berdepan masalah kesihatan, iaitu penyanyi Ibnor Riza dan pelakon Fauziah Samad.

Menerusi satu catatan di Facebook hari ini, Datuk Anwar memaklumkan penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Encik Ahmad Farhan Fauzi.

“Mendapat khabar dukacita bahawa seniman dan seniwati tanah air Ibnor Riza dan Fauziah Samad dilanda musibah kesihatan.

“Lantaran itu, hari ini Setiausaha Politik saya, Ahmad Farhan Fauzi, menziarahi mereka.

“Ibnor diuji dengan penyakit kanser limfoma, manakala Fauziah menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda,” tulis Datuk Anwar.

Menerusi hantaran sama, Datuk Anwar berharap sumbangan yang dihulurkan dapat melancarkan urusan perubatan mereka, di samping mendoakan kesejahteraan buat mereka.

“Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan perubatan masing-masing.

“Saya mendoakan mereka dikurnikan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” tulis Datuk Anwar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg