kenapa
kala aku naik ke pentas sama
tika kamera galak meng-klik-klik sakan
aku tidak terasa apa
biar dalam sederet sebaris
tumpu, ukir senyum, sorak gemirang: semuanya sama
semua serupa
namun aku tetap tidak terasa apa
mungkin...
kerna aku langsung tidak melakukan apa-apa
entah: lupa aku
ah, biarlah
senyum terus, yuk!
Djohan A. Rahman
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg