Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dengar perkongsian perjalanan rohani Amy Search, Nora Danish, Ella

Acara ‘Salam Fest’ oleh Deen Dunya kembali untuk kali kedua
Nov 13, 2024 | 5:30 AM
Penyanyi rok veteran, Datuk Amy Search bersama isterinya Norhasniza Hassan berkesempatan menunaikan ibadah haji pada 2024.
Penyanyi rok veteran, Datuk Amy Search bersama isterinya Norhasniza Hassan berkesempatan menunaikan ibadah haji pada 2024. - Foto INSTAGRAM AMY SEARCH
Suasana meriah dengan pengunjung membeli-belah ketika acara ‘Salam Fest’ pada November 2023.
Suasana meriah dengan pengunjung membeli-belah ketika acara ‘Salam Fest’ pada November 2023. - Foto 3RD MEDIA

Perjalanan menunaikan ibadah haji di tanah suci merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Terdapat pelbagai cabaran tersendiri yang dilalui semasa menunaikan rukan Islam kelima.

Itulah yang bakal dikongsikan oleh penyanyi rok veteran dan vokalis kumpulan Search, Datuk Amy Search dalam acara dagangan, Salam Fest

Beliau telah diberi kesempatan menunaikan ibadah haji bersama isterinya Norhasniza Hassan pada 2024. 

Selain Amy, pelakon Malaysia Nora Danish dan ratu rok Malaysia, Ella bakal berkongsi dengan pengunjung tentang perjalanan kerohanian dan cabaran yang dilalui mereka dalam segmen ‘hijrah’ di acara itu.

Amy dan Ella bakal turut menghiburkan peminat dengan mendendangkan beberapa lagu hit mereka.

Dianjurkan oleh syarikat Deen Dunya, acara tersebut kembali untuk kali kedua dari 22 hingga 24 November di Singapore Expo, Dewan 6A. 

Berkongsi dengan Berita Harian (BH), pemilik Deen Dunya, Cik Aida Suhaimi, berkata bahawa acara kali ini bakal menyaksikan pelbagai kegiatan seperti persembahan alat muzik Arab, qasidah dan permainan interaktif untuk kanak-kanak.

“Acara kali ini lebih besar dengan adanya pelbagai aktiviti menarik dan 200 reruai makanan dan runcit oleh jenama tempatan dan luar negara – lebih banyak berbanding tahun lalu (2023). 

“Kami sangat bersyukur kerana ramai peniaga telah menempah reruai bagi acara ini,” kongsi Cik Aida. 

Terdapat juga pelbagai ceramah motivasi dengan topik seperti perkahwinan, keibubapaan dan belia oleh personaliti dan asatizah tempatan. 

Antara mereka yang terlibat termasuk Ustazah Shameem Sultanah, Ustazah Hidayah Azman, Ustaz Ahmad Dahri dan pempengaruh media sosial, Donjany. 

Selain itu, terdapat pameran mengenai Rasulullah saw yang menawarkan pengunjung pengalaman realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR).

Sambil menikmati persembahan dan membeli-belah dalam suasana yang santai, pengunjung juga berpeluang memenangi pakej umrah selama 10 hari 9 malam dan baucar tajaan Karva Travel dan Deen Dunya bagi tiga pemenang berbeza.

Acara tersebut disokong oleh MakBesar Pte Ltd dengan benefisiari bagi acara itu ialah Persatuan Taman Pengajian Islam Singapura (Pertapis).

“Kami bersyukur dapat bekerjasama dengan Deen Dunya dan MakBesar Pte Ltd untuk kali kedua dalam suasana yang selamat.

“Kali ini, kami juga sedang mempergiat usaha untuk menaik taraf Rumah Kanak-Kanak Pertapis pada 2025, yang dianggarkan bernilai sekitar $250,000,” kongsi Pegawai Eksekutif (CEO) Pertapis, Encik Firdaus D’Cruz.

Semasa acara tersebut, Pertapis juga akan melancarkan inisiatif baru dinamakan ‘Infaq Ilmu’ yang memberi tumpuan pada program pendidikan moral untuk penghuni di rumah kebajikan dan keluarga yang disokong oleh badan itu.

Bagi Pengurus MakBesar Pte Ltd, Cik Lina Liyana, beliau berharap “acara itu akan dapat memanfaatkan para peniaga dan pengunjung yang hadir”.

“Sambutan bagi acara tahun lepas (2023) di luar jangkaan dan kami berharap acara ini dapat membina satu sambil memberi peluang untuk mengeratkan hubungan keluarga,” tambah Cik Aida.

BUTIRAN ACARA

Tarikh: 22 hingga 24 November

Masa: 10 pagi hingga 10 malam

Tempat: Singapore Expo, Dewan 6A

Nota: Nora Danish dan Ella bakal hadir pada Sabtu, 23 November manakala Datuk Amy Search bakal hadir pada Ahad, 24 November.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg